• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Audi Q7 S Line: Memang Luas, Siap Ada 19 Speaker Dengan ‘Valcona Leather’

by Phic ARMAN
May 9, 2025
Share on Facebook

Audi Malaysia baru saja melancarkan model SUV mewah 7-tempat duduk mereka, Audi Q7 S Line, dan yang paling menarik, ini adalah model Audi pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia! Harga permulaan? RM459,990, belum termasuk pakej jaminan tambahan. Tapi untuk sebuah SUV premium, reka bentuk sporty dan penuh teknologi canggih, memang padanlah dengan harganya.

Prestasi Mantap dengan Enjin V6 & Sistem Mild Hybrid

Q7 S Line ni bukan calang-calang. Ia dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 turbo bersama sistem Mild Hybrid 48V, yang bukan saja menjimatkan minyak, tapi bagi permulaan pemanduan yang lebih lancar. Tenaga yang dihasilkan memang padu, 340PS dan tork 500Nm, cukup untuk buat 0 ke 100km/j dalam 5.6 saat je! Dengan sistem pacuan semua roda quattro, SUV ni kekal stabil walau jalan basah atau selekoh tajam.

Bahagian luar Audi Q7 S Line ni memang nampak garang habis. Ada kit badan S Line, kemasan Black Styling Package, rim besar 22 inci, logo Audi warna gelap dan pilihan warna menarik termasuk putih Glacier, biru Waitomo, hitam Mythos dan kelabu Daytona. Memang nampak eksklusif dan berkarakter.

Ruang Dalaman Luas & Praktikal 

Masuk ke dalam, suasana terus terasa mewah. Tempat duduk balutan kulit Valcona, ruang kabin luas untuk 7 penumpang, dan akses ke barisan ketiga pun senang sebab boleh laras secara elektronik. Kalau perlukan ruang barang lebih, semua kerusi belakang boleh lipat rata, dan ruang kargo boleh mencecah sehingga 1,908 liter. Nak buka bonet belakang? Tak payah tekan butang pun, cuma hayun kaki bawah bampar dan ia akan terbuka automatik.

Teknologi Terkini dalam Genggaman 

Untuk pengalaman pemanduan pula, Audi memang tak kedekut dengan teknologi. Paparan digital Audi Virtual Cockpit Plus berukuran 12.3 inci, lengkap dengan info navigasi, kelajuan, dan pelbagai mod paparan. Nak lagi best, ada head-up display (HUD) yang tunjuk info penting terus pada cermin depan. Sistem bunyi? Memang tip-top, datang dengan 19 speaker premium Bang & Olufsen dan amplifier berkuasa 730 watt, rasa macam tengok wayang dalam kereta.

Aspek keselamatan pun Audi jaga elok. Model ni datang dengan pelbagai bantuan pemandu seperti kamera 360°, brek kecemasan automatik, amaran lintasan belakang, dan enam tempat ISOFIX untuk kerusi bayi — semua ni bagi ketenangan minda bila bawa keluarga.

Setiap Audi Q7 S Line didatangkan dengan jaminan pengeluar 2 tahun tanpa had perbatuan. Tapi kalau nak lebih perlindungan, boleh ambil Audi Assurance Package (AAP) dengan tambahan RM20,000. Pakej ni tambah waranti jadi 5 tahun, siap dengan servis percuma dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Kalau nak tengok Q7 ni depan mata, boleh singgah ke Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei, atau terus ke Audi Centre yang berdekatan. Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi mereka di www.audi.com.my.

Audi Q7 S LineBang & Olufsen
https://lomp.at/cam55
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Galaxy Z TriFold Diperkenalkan: Ini 5 Fakta Menarik Yang Anda Kena Tahu Dulu

by Phic ARMAN
December 2, 2025

Bayangkan anda buka telefon, tapi bukan sekali lipat macam Fold biasa, kali ini tiga kali lipat! Ya, Samsung baru sahaja...

Read more
Automotif

[VIDEO] Perodua QV-E: Ini 5 Hal Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Kalau kalian fikir EV ni hanya untuk orang kaya atau yang pandai kira jarak pecutan, Perodua QV-E datang untuk ubah...

Read more
by Phic ARMAN
December 1, 2025
LifeXplore

[REVIEW] Honor Magic 8 Pro: Peranti Yang Buktikan ‘Flagship’ Tak Semestinya Mahal

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai pengguna hari ini mencari telefon yang benar-benar “berbaloi” untuk kegunaan harian. Sebab itu,...

Read more
by Phic ARMAN
December 10, 2025
Automotif

Proton Saga Terbaru Diperkenalkan, Tapi Kenapa Netizen ‘Trauma’ Dengan Ciri CVT Punch?

Proton baru-baru ini melancarkan Saga Serba Baharu, model sedan mampu milik yang sememangnya dekat di hati rakyat Malaysia,  terutamanya golongan...

Read more
by Phic ARMAN
November 4, 2025
Automotif

Kini Dengan ‘Right-Hand Drive’, Tapi iCAUR V23 Ini Berbaloi Ke Nak Sambar?

Kalau anda tengah cari SUV elektrik yang nampak mahal tapi tak terlalu “over”, ha… ini berita baik. iCAUR baru sahaja...

Read more
by Phic ARMAN
October 29, 2025
#ApaPlan

Apa Plan Hujung Minggu? Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 Ini

Kalau kalian rasa hidup dah cukup ‘laju’ sebab kejar kerja, kejar anak, kejar hutang, tunggu dulu. Ada lagi benda lebih...

Read more
by Phic ARMAN
October 2, 2025
Teknologi

Perang “Add To Cart” Kembali! Semak 5 Hal Penting Yang Perlu Anda Tahu Sempena Lazada 11.11

Bila masuk bulan November, memang tak sah kalau tak sebut tentang Lazada 11.11. Pesta membeli-belah terbesar tahun ini! Tapi sebelum...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Teknologi

Buatan Anak Malaysia: Aplikasi JOMhotel.com Bermanfaat Untuk Hotel & Pengembara

Kalau kalian jenis yang suka buat keputusan hidup secara spontan ,  contoh macam “eh jom la tidur hotel malam ni”,...

Read more
by Phic ARMAN
October 10, 2025
Teknologi

[REVIEW] Galaxy S25 FE: Tak Perlu Telefon Mahal Pun Dah Nampak Bergaya

SAMSUNG Galaxy S25 FE ini boleh dikatakan versi “bijak berbelanja” untuk yang nak rasa pengalaman flagship Samsung tanpa menangis tengok...

Read more
by Phic ARMAN
October 8, 2025
Teknologi

Uji Kamera HONOR Magic 8 Pro: Dari Merdeka 118 Sampai KLCC, Zoom 10X Tetap Tajam

Siapa yang follow MURAI tahu kita memang suka test kamera phone yang claim “hebat”. Baru-baru ni, MURAI sempat cuba HONOR...

Read more
by Phic ARMAN
November 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    Putera Mateen Kongsi Momen Sukan SEA, ‘Baby Bump’ Puteri Anisha Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore