• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

2 Peniaga Mengaku Fitnah & Tularkan Berita Palsu Mengenai Perselisihan Antara Awal Ashaari & Syarikat Perabot

Pemilik akaun Instagram @houseofsix.my mengaku memfitnah dan menularkan berita palsu

by Zaidin Albert
April 27, 2021
Share on Facebook

Setelah membuat pengakuan mengeluarkan kata-kata fitnah kepada syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry di Instagram, Nawal Yasmin binti Mat Noh dan Muhammad Hilmi bin Zulkifli yang menjalankan perniagaan secara perkongsian atas nama SomethingBorrowed by Nawal Enterprise melalui akaun Instagram @houseofsix.my memohon maaf kepada syarikat Naz Carpentry berhubung kes saman fitnah pengubahsuaian rumah , Awal Ashaari.

Defendan kedua dan ketiga bagi kes tersebut membuat permohonan maaf itu di laman Instagram atas nama @houseofsix.my seperti yang menjadi sebahagian daripada persetujuan untuk penyelesaian saman berkenaan.

“Berkenaan dengan posting yang saya muat naik di Instagram saya mengenai Naz Carpentry, saya difahamkan bahawa terdapat perselisihan antara Awal Ashaari dan pihak Naz Carpentry yang mana sebagai pihak ketiga, saya tidak seharusnya melibatkan diri dalam perbalahan atau perselisihan faham tersebut. Oleh yang demikian, pernyataan saya berhubung Naz Carpentry tersebut salah dan dibuat berdasarkan cakap dengar tanpa usul selidik.

“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterangan tersebut dan menyesal atas tindakan saya yang memuat naik keterangan terhadap Naz Carpentry tanpa sebarang usul periksa.

“Saya juga dengan ini menyatakan bahawa pernyataan tersebut dibuat atas kekhilafan saya sendiri dan saya menarik semula pernyataan saya dan membuat aku janji tidak akan membuat apa-apa pernyataan terhadap Naz Carpentry selain akan lebih berhati-hati dalam membuat apa-apa keterangan terhadap mana-mana pihak pada masa akan datang,” kata defendan kedua dan ketiga, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi dalam kenyataan permohonan maaf mereka.

https://www.instagram.com/p/CM3-idXl6IL/

Saiful Ridzuan, Pengurus Krisis Naz Carpentry dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah tersebut tanpa melalui proses mahkamah.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry memfailkan saman menuntut ganti rugi RM3 juta dari Awal Ashaari, Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi berhubungan ‘postings’ dan kenyataan fitnah berkaitan dakwaan yang menjatuhkan reputasi syarikat hiasan dalaman tersebut.

Plaintif mendakwa Awal Ashaari membuat pelbagai kenyataan fitnah bermula dari November 2019 hingga ke November 2020 yang telah diterbitkan oleh defendan menerusi Instagram atas nama @awalashaari yang mempunyai 4.7 juta pengikut dan aplikasi Youtube dengan nama SchAwal yang mempunyai 42, 700 pengikut ketika itu. Postings dan kenyataan tersebut turut disiarkan pelbagai pihak ketiga.

Nawal Yasmin dan Muhammad Hilmi telah menyiarkan semula salah satu daripada kenyataan yang dibuat oleh Awal Ashaari di ‘Instagram story’ atas nama @houseofsix.my yang mempunyai hampir 6,000 pengikut.

Naz Carpentry mendakwa mereka telah dimalukan, imej, reputasi dan jenama perniagaan mereka telah dirosakkan, dan mengalami kerugian apabila pelanggan serta pengguna media sosial mempercayai kenyataan yang telah diterbitkan, seterusnya memberi tanggapan yang plaintif adalah sebuah syarikat yang tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak boleh dipercayai.

Sementara itu, peguam Naz Carpentry, Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Advocates and Solicitors berkata fitnah yang dibuat melalui kempen pembunuhan karakter dan pembulian siber tersebut memberi kesan negatif ke atas reputasi perniagaan dan nilai pasaran Naz Carpentry.

Bagaimanapun jumlah pampasan yang dipersetujui kedua-dua pihak tidak didedahkan kepada umum.

https://lomp.at/v936k
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

by Naddy Joe
October 24, 2025

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang...

Read moreDetails
Lokal

“Sweet Sangat!”- Bella Astillah & Syed Saddiq Kembali Pancing Peminat

by Farah Fatihah
December 9, 2025

Hubungan rapat antara selebriti Bella Astillah atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah  dan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq...

Read moreDetails
Lokal

Sharnaaz Ahmad Tegur Penjurian FFM34, Tuntut Ketelusan

by Puteri Alia
October 7, 2025

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad tampil dengan nada tegas apabila menyeru agar penjurian Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) dijalankan dengan penuh...

Read moreDetails
Lokal

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

by Puteri Alia
October 21, 2025

Sebagai seorang ibu, Neelofa tidak menyangka dirinya akan belajar sesuatu yang besar daripada anak kecil berusia tiga tahun. Pelakon dan...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (IG)
Lokal

Tak Tinggal Sebumbung, Uqasha Senrose Telah Failkan Cerai Pada 1 Oktober

by Nurul A.
October 22, 2025

Selepas penat netizen berteka-teki, akhirnya terjawab juga spekulasi dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Memetik...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore