• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ayda Jebat Antara Juri Tetap Awesome Raja Lawak

by Arsiqin Yusof
August 26, 2022
Share on Facebook

Program ‘Awesome Raja Lawak’ terbitan saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV ialah sebuah pertandingan pencarian bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak versatil angkatan baharu sekaligus mengangkat martabat genre komedi ke peringkat yang lebih tinggi.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform perintis program realiti komedi popular yang dahulu dikenali dengan jenama ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanah air dan sudah melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.

Untuk edisi yang terbaharu, seramai 14 peserta yang merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio bakal bersaing di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ selama sepuluh minggu untuk musim yang pertama. Empat peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny. Peserta duo pula terdiri daripada Kumpulan Soda, Se’eh, Sedare, Mabo, Manja dan Beduk. Manakala peserta trio pula ialah Kumpulan Kacau, Semmat, Pelan dan Sesah.

Uniknya, format penjurian persembahan akan diadili berdasarkan pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online bagi menentukan penerima anugerah ‘Man of The Match’ menerusi laman rasmi Awesome TV. Peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah akan disingkirkan.

Berikut adalah kenyataan rasmi wakil Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV;

“Sebagai pemain baharu dalam industri kandungan hiburan di Malaysia, strategi paling pantas untuk memikat hati audiens ialah dengan meletakkan permintaan dan tabiat menonton mereka sebagai keutamaan paling atas bagi memastikan saluran Awesome TV terus menjadi pilihan ramai.

“Melihat kepada penerbitan pelbagai program hiburan sebelum ini, kami mendapati bahawa program-program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka amat popular di kalangan penonton dan kami jangkakan genre ini akan terus mempelopori industri seni tanah air sekiranya kualiti dan nilai komersial setiap pengisian yang ditawarkan berada di aras yang tinggi.

“Justeru, pihak Awesome TV ingin melakar inisiatif strategik dengan menganjurkan edisi terbaharu program realiti komedi popular ‘Awesome Raja Lawak’ dalam usaha mencari pelapis pelawak angkatan baharu yang relevan, berilmu dan serba boleh.

“Menerusi ‘Awesome Raja Lawak’, para peserta diberi peluang untuk mempamerkan bakat dan sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Selain platform komersial, kami juga turut menyediakan kelas bimbingan untuk para peserta bagi memastikan kehadiran mereka di dalam industri hiburan kreatif bukanlah sekadar tempelan sahaja.

“Kami juga dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran nama-nama besar seperti Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat untuk mengisi kerusi juri tetap serta barisan mentor yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu sebagai tarikan utama edisi kali ini.

“Bagi menyuntik kelainan, kami turut memberikan kepercayaan kepada Chiwan Cilok dan Nizam Jentik-Jentik untuk mengemudi pentas utama dengan cara mereka yang tersendiri.

“Dengan pengalaman dan penglibatan mereka dalam pelbagai cabang hiburan sebelum ini, kami yakin kesemua mereka dapat berkongsi aura seni yang unik kepada para peserta sekaligus dijadikan sebagai inspirasi kejayaan untuk pergi lebih jauh.

“Semoga program ‘Awesome Raja Lawak’ bakal menjadi sebuah lagi testimoni cemerlang untuk saluran Awesome TV dalam menawarkan program-program hiburan beraneka format khusus untuk tontonan seisi keluarga. Selamat menonton!” katanya.

Barisan penghibur versatil popular yang terdiri daripada Saiful Apek, Khir Rahman dan Ayda Jebat telah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap untuk mengadili pertandingan ‘Awesome Raja Lawak’.

Selain itu, khidmat tiga pelawak tersohor yang terdiri daripada Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke Jambu turut dibawa masuk sebagai ‘Mentor’ untuk memberi bimbingan serta membantu persembahan mingguan para peserta.

Juara ‘Awesome Raja Lawak’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50 ribu beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM25 ribu dan RM15 ribu beserta trofi.

Konsert mingguan ‘Gelanggang Awesome Raja Lawak’ akan bersiaran secara langsung dari Studio FINAS, Jalan Hulu Kelang selama 10 minggu pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 7 September 2022.

Awesome Raja Lawak
https://lomp.at/6aqx3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore