Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Awesome TV Akhirnya Buka Mulut, Dedah Sebab Buat Tuntutan RM162 Juta Kepada Ayu Puteh

by Zaidin Albert
March 13, 2023
Share on Facebook

Awesome TV merujuk kepada kenyataan Datuk Ayu Puteh pada 10 Mac bahawa pihaknya telah memfailkan saman terhadap stesen Awesome TV baru-baru ini selepas menerima surat tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran.

Terbaharu, siaran akhbar yang dihantar kepada  MURAI MY, Awesome TV menjelaskan bahawa pihak mereka telah terlebih dahulu memfailkan tuntutan caj kelewatan penerimaan bahan siaran terhadap syarikat terbabit berjumlah RM162,192,000 pada Januari lalu.

Ini susulan kegagalan pihak Datuk Ayu untuk memenuhi syarat kontrak penerbitan sebuah drama bersiri bertajuk “Di Sebalik Dia” berjumlah 28 episod bersama Awesome TV.

Sedutan Drama ‘Di Sebalik Dia’, lakonan Keith Foo dan Wanna Ali

Tambah mereka lagi, untuk rekod, syarikat Datuk Ayu iaitu Pencil Pictures Sdn Bhd telah hanya menyiapkan 26 daripada 28 episod yang dijanjikan seperti termaktub di dalam kontrak bersama. Dua lagi episod gagal disempurnakan pihak Datuk Ayu, dan kesemua 26 episod yang disiapkan dihantar lewat kepada pihak Awesome TV dan tidak mengikut tarikh yang dipersetujui.

Ketidakpatuhan kepada syarat-syarat kontrak ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada Awesome TV yang terpaksa membuat penjadualan semula program secara drastik. Kelewatan pihak Datuk Ayu juga telah mengakibatkan pelbagai komplikasi dengan pihak pengiklan Awesome TV.

Pihak Awesome TV tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Pencil Pictures Sdn Bhd pada Januari mengikut terma kontrak yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Pihak Awesome TV kini menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada proses perundangan untuk tindakan selanjutnya.

Keith Foo Bimbang Kes Sosial Pelajar Meningkat -"Jangan Salahkan Dunia Hiburan, Didikan Bermula Dari Rumah!"
ayu putehkeith foo
https://lomp.at/zi7ff
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara