Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ayda Jebat Rasa Kekok Pertama Kali Tukar Lampin Anak Kedua, Akui Sebelum Ini Ia Adalah Tugas Suaminya Nabil Mahir

by Puteri Alia
January 10, 2024
Share on Facebook

Apabila sebut pasal anak, mesti ibulah orang pertama yang dikaitkan. Rasanya, anak paling dekat dengan ibu. Sebabnya, anaklah penghuni rahim ibu dan sudah mengenal ibu sejak dari dalam rahim lagi.

Namun bukan bermakna, anak tidak begitu rapat dengan ayahnya, tapi rasanya tanggungjawab dalam menjaga anak lebih banyak ditanggung oleh ibu.

Namun, tidak dinafikan, ada juga ayah yang sangat mahir menguruskan anak-anak. Mungkin lebih hebat daripada ibunya. Tidak mustahil.

Berbahas soal ini, selebriti popular Ayda Jebat mengakui berasa kekok buat pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, semua tugas itu dilakukan suaminya Nabil Mahir sebelum ini.

“Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak kedua). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.

“Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.

“Mummy buat laju-laju tadi macam Naruto. Lancar selancarnya. Tak menangis, siap, susu dan terus tidur. Bapanya kepenatan, kesian Dada (Nabil), saya cinta kalian berdua,” ujarnya lagi.

Sementara itu, terdapat segelintir netizen menyelar tindakan Ayda apabila menyifatkan wanita berusia 32 tahun itu sebagai mengada-ngada dan seperti mahukan perhatian orang ramai.

“Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul,” komen seorang netizen.

Sebelum ini, wanita kecil molek itu meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab, terutama dalam urusan menguruskan anak.

“Dah Anak Tiga Pun Tak Pandai Masak” – Ayda Jebat Akui Masih Belajar Demi Pikat Selera Suami
ayda jebatnabil mahir
https://lomp.at/tggyf
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Seth Uwais Sempena Hari Autisme Sedunia, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April...

Read moreDetails
Lokal

Nurin Afiqah Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon baharu dan personaliti media sosial, Nurin Afiqah berkongsi khabar gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata kedua. Nurin menerusi...

Read moreDetails
Foto - @sooyaaa__ (IG)
Korea

Pemurah Betul! BLACKPINK Kim Jisoo Hadiahkan Beg Dior Lebih RM10K Kepada Pekerja

by Nurul A.
April 7, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo menunjukkan penghargaannya kepada beberapa pekerjanya di agensi BLISOO. Jisoo yang turut menjadi Pegawai Eksekutif (CEO)...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara