Tuesday, September 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sukan

Ini Ungkapan Terakhir Ayrton Lim, Atlet Renang Sarawak Sebelum Ditemui Mati

by Phic ARMAN
October 24, 2019
137
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru saja pulang menjalani latihan di Singapura, atlet renang Sarawak Ayrton Lim, 19  ditemui mati di rumah keluarganya di Tabuan Laru, di sini sekitar tengah hari tadi.

Kematian Ayrton Lim bukan hanya membuat rakan-rakan dan keluarga terdekatnya berduka, malah pengikutnya di Instagram meluahkan rasa sedih.

Beberapa jam sebelum ditemui mati, Ayrton Lim telah memuatnaik sebuah gambar suasana langit di matahari terbit di waktu pagi . Dalam gambar yang mungkin juga posting terakhirnya, Ayrton Lim menulis sepotong ayat yang menggambarkan dirinya sedang bersedih dan terkilan.

“Ia telah menjadi 19 tahun yang indah dan saya bersyukur jika anda sebahagian daripadanya”- tulisnya di IG Stories buat kali terakhir.

Dan lebih menyedihkan, pada 6 hari yang lalu, Ayrton Lim ada memuatnaik gambar ibunya dengan ucapan “Saya Sayang Mummy” dengan emoji sedih. Momen yang dimuat naik di IG stories ini telah di simpan dalam salah satu album Highlight di Instagramnya.

Hingga kini, masih belum disahkan apakah punca kematian Ayrton Lim. Menurut sumber dari @beritaTV9,  Ayrton Lim dipercayai mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh The Borneo Post, ibu Ayrton Lim baharu pulang menjemput adik mangsa dari sekolah dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

Kredit Foto: IG Ayrton Lim

Beberapa anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Laporan polis berhubung kejadian juga dibuat oleh keluarga mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mangsa sebelum ini yang pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun lepas.

View this post on Instagram

A post shared by 林登 | Ayrton Lim (@ayrton_holt)

Ayrton Lim
https://lomp.at/r6xgc
Share55Tweet34SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    Bella Astillah Anggap Aliff Aziz Tiada Lagi Dalam Hidupnya, Enggan Ulas Walau Bekas Suami Rindu Anak-Anak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem