Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak A.Aida Bimbang Dengan Aurat Ibu, “Please Faham Perasaan Anak Ini”

by Phic ARMAN
October 3, 2025
Share on Facebook

Sejak berita penerbit terkenal Datuk A.Aida dikejarkan ke hospital baru-baru ini, ramai yang tak putus-putus mendoakan kesihatan beliau. Mana tidaknya, A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 55, antara nama besar dalam dunia seni yang cukup disayangi peminat dan rakan-rakan industri.

Untuk yang terlepas, A.Aida sebenarnya baru sahaja menjalani pembedahan lutut pada 23 September. Namun, ketika sesi fisioterapi pada 25 September lalu, beliau tiba-tiba rebah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Alhamdulillah, selepas beberapa hari, A.Aida mula sedar pada Ahad lalu dan kini ditempatkan di wad biasa untuk pemantauan rapi doktor.

Dalam pada itu, anaknya, Azeva Natassha Wan Aminuddin, 24, tidak menyorokkan rasa bimbang terhadap keadaan Mama tersayang. Menerusi perkongsian penuh jujur di media sosial, Azeva berharap orang ramai dapat memahami keadaan sebenar.

Mama perlu banyak berehat…

Katanya, buat masa ini Mama perlu banyak berehat. Bila ramai datang melawat, Mama terpaksa bercakap dan ketawa, sedangkan dada beliau masih sakit kesan daripada CPR. Malah, dengan luka yang masih belum pulih sepenuhnya, risiko jangkitan juga boleh meningkat jika ada yang terlalu rapat atau menyentuhnya.

Lebih manis, Azeva turut menegaskan soal menjaga aurat ibunya. Beliau menjelaskan Mama masih belum boleh mengenakan pakaian sempurna, jadi lebih baik ruang rehat ini diberikan sepenuhnya agar ibunya benar-benar selesa.

“Mama hanya ada seorang saja buat saya, tolonglah faham perasaan anak yang takut kehilangan ibunya lagi,” luah Azeva dengan penuh kasih sayang.

Walaupun risau, nada Azeva kedengaran positif kerana beliau sangat menghargai doa dan keprihatinan ramai terhadap kesihatan A.Aida. Katanya, orang luar tak perlu gusar kerana beliau akan berkongsi perkembangan terkini dari masa ke masa.

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

Apa pun, yang penting sekarang adalah memberi ruang buat A.Aida pulih sepenuhnya. Dengan doa dan sokongan ramai, semoga penerbit hebat ini kembali sihat dan ceria seperti biasa.

a.aidaAzeva Natassha
https://lomp.at/r5rhh
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Foto - @hannahyeoh (FB)
Lokal

Kenapa Penampilan Hannah Yeoh Berselendang Di Bulan Ramadan Tuai Kecaman?

by Nurul A.
March 12, 2026

Jujur MURAI katakan, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh nampak sangat manis dan sopan apabila menggayakan selendang. Berdasarkan beberapa kongsiannya di...

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara