Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Azhar Osman Kembali Selepas ‘Hiatus’ Dalam Industri Muzik

by Khai Azfar
April 15, 2021
Share on Facebook

Setelah bertahun lamanya tidak mendengar perkembangan terbaharu pelakon dan penyanyi ini, Azhar Osman, kini kembali memeriahkan industri muzik dengan lagu baharunya berjudul Ternyata.

Azhar Sangka Farouk Hanya Bergurau 

Menariknya mengenai lagu yang mendapat sentuhan Farouk Roman ini, Azhar atau nama sebenarnya Mohd Azhar Bin Osman menyangkakan tawaran yang diberikan oleh komposer itu hanya sekadar gurauan. Namun, ternyata Farouk serius menginginkan vokal lunak Azhar menyampaikan lagu ciptaannya.

“suatu hari beliau menawarkan saya untuk menyanyikan lagu runut bunyi ciptaannya, mulanya saya ingat ia sekadar gurauan. Namun, rupa-rupanya beliau memang serius dan saya terus ambil keputusan untuk menerimanya. Semestinya, saya berterima kasih dan berbesar hati atas kesudiannya memilih saya menyanyikan karyanya”

“Sebaik saya mendengar demo lagu yang diberikan kepada saya itu, ia serta-merta menangkap halwa telinga saya. Melodinya terus menggambarkan bagaimana perjalanan lagu itu dan saya semestinya sangat teruja untuk mencabar diri bagi melunaskan tugasan lagu itu,” katanya dalam kenyataan media

Jadi Runut Bunyi 

Kemunculan semula bekas duo Azhael ini juga menarik minat Radius One Sdn Bhd dengan menjadikan lagu Teryata sebagai runut bunyi untuk drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang turut membintangi drama terbitan produksi itu.

Tidak menolak berasa risau dan gelisah dengan ‘comeback’ nya kali ini, bagi Azhar dia menganggap ia sebagai satu cabaran dan berjaya mengatasinya selepas menjalani proses rakaman.

“Secara kasarnya, ini adalah lagu ‘comeback’ saya juga selepas kira-kira empat tahun menyepi daripada bidang seni suara. Itulah juga yang sebenarnya menjadi punca timbul seribu kerisauan dalam benak saya. Apapun, insyallah, saya yakin sudah memberi persembahan yang terbaik dalam nyanyian lagu in”

“Terus-terang, saya memang bergelut dengan kesulitan sewaktu proses rakamannya. Apalagi tahap kegelisahan dalam diri memang sangat tinggi sehingga ke tahap berfikir sesuatu perkara secara melampau. Itulah cabaran terbesar untuk saya atasi kerana perlu mengawal diri dan menangani perasaan kegelisahan”

“Namun, hari demi hari, diri saya semakin stabil dan perasaan itu berkurangan sedikit demi sedikit. Sekali gus, saya berjaya menjalani proses rakaman dengan lebih lancar dan melunaskan tugasan itu. Tapi, saya akui proses rakaman untuk lagu ini agak mengambil masa dan tenaga membabitkan semua pihak yang berada di studio,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhar turut akui berat badannya kini susut.

Dedahnya, ia berikutan penyakit GERD yang dialami baru-baru ini menyebabkan dia semakin kurus. Bagaimanapun, jelas Azhar keadaan kesihatannya kini sudah semakin baik.

YouTube video

‘Ternyata’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Azhar osman
https://lomp.at/31sfy
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara