Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Selebriti Jadi Duta Produk? Ini Komen Aznil Nawawi

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi akui bahawa setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat sendiri. Begitu juga dengan selebriti yang terlibat sebagai duta sesuatu produk.

by Arsiqin Yusof
June 1, 2022
Share on Facebook

Pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi akui bahawa setiap orang mempunyai pendirian dan pendapat sendiri. Begitu juga dengan selebriti yang terlibat sebagai duta sesuatu produk.

Tak Jadi Duta Produk Sembarangan

Menurut Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil, beliau tidak akan menjadi duta sesuatu jenama atau produk kalau tidak menjadi pengguna dan merasai keberkesanannya sendiri.

Sebab itulah pengacara nombor 1 Malaysia itu yakin menggalas tanggungjawab selaku duta produk Eskayvie.

“Semua orang mempunyai pendirian dan pendapat tersendiri. Saya memang pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen, kerana saya sedar lifestyle dan pemakanan (makan sayur, buah tak cukup) menyebabkan saya memerlukan nutrisi sokongan.

“Kalau saya bukan pengguna dan tak percaya dengan produk, saya tak akan menjadu duta produk Eskayvie. Tambahan lagi, produk ini diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob yang pastinya arif berkenaan dos bahan aktif dan kesan setiap nutrisi yang disarankan,” katanya.

Produk Terbaru Untuk Kanak-Kanak

Dalam perkembangan terbaru, Eskayvie Sdn Bhd yang merupakan syarikat bumiputera sepenuhnya itu bersama Pak Nil melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i-Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.

Menurut formulatornya, i-Qids dihasilkan khas untuk perkembangan minda kanak-kanak.

“i-Qids merupakan vitamin ‘brain booster’ yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka.

“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,” kata Dr Syid Ayob.

Sementara Pengarah Urusan Eskayvie memaklumkan, jenama itu akan terus menghasilkan lebih banyak produk berkualiti tinggi dengan harga mampu milik selepas ini.

“Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.

“Kami yakin bahawa kehadiran produk baru ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan. Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja.

“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk i-Qids, orang ramai boleh melayari www.eskayvie.com atau ke laman sosial Eskayvie Malaysia.

Aznil Nawawi Puji Menu Baharu, Burger Sate Dari AFC, Kini Buka Cawangan ke-44
Aznil Nawawi
https://lomp.at/azkjv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @wafarienaroslan (IG)
Lokal

Pinggul Wafariena Roslan Jadi Perhatian- “Saya Suka Macam Kim K”

by Nurul A.
March 12, 2026

Baru-baru ini nama pelakon Wafariena Roslan menjadi bualan ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa dia telah melakukan pembedahan kosmetik bagi...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara