Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Bagi Saya Dia Isteri Tidak Berdaftar”- Ibu Syamsul Tidak Mahu Ambil Peduli Soal Ira Kazar Yang Dikatakan Telah Diceraikan

by Puteri Alia
October 30, 2023
Share on Facebook

Dalam perihal mencari jodoh atau memilih pasangan hidup, restu daripada ibu bapa adalah antara kunci keberkatan.

Setiap manusia dilahirkan berpasangan dan ia sudah menjadi fitrah. Niat untuk mendirikan rumah tangga dengan cara yang sah adalah sesuatu yang amat-amat disukai di sisi agama.

Namun atas alasan cinta, wujud anak yang menolak ketepi pandangan dan keputusan ibu bapa sehingga terjadinya isu perkahwinan tanpa restu orang tua. Ada ada yang sanggup berkahwin secara ‘diam-diam’. ‘Tahu-tahu’ sahaja sudah bernikah.

Benar, restu ibu bapa bukanlah syarat sah perkahwinan namun mengabaikan perasaan mereka bermakna kita melukai hati insan yang berjasa menjaga serta membesarkan sejak kecil.

Berbahas soal ini, baru-baru ini dunia hiburan sekali lagi digemparkan apabila Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan enggan mengambil tahu mengenai gosip yang mengaitkan anak sulungnya itu sudah berpisah dengan Ira Kazar.

Patimah ketika dihubungi berkata, dia hanya menganggap pelakon Puteri Sarah Liyana sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan dengan Syamsul sebelum ini.

“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

“Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen,” katanya.

Terdahulu nama Syamsul dan Ira dipetik oleh netizen selepas tular gosip seorang pengarah terkenal menceraikan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar rumah.

Dalam pada itu, Patimah enggan memanjangkan kenyataan yang dikeluarkan suaminya yang juga penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulungnya yang sudah lama tidak pulang ke rumah berjumpa orang tuanya.

“Betullah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi.

“Saya tak nak rosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini,” katanya.

Semalam, Yusof menerusi satu temu bual bersama media mengalirkan air mata apabila mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah.

Prihatin! Artis Malaysia Beli Makanan Online Untuk Diberikan Secara Percuma, ‘Rider’ Indonesia Terharu

Yusof turut mengingatkan anaknya agar jangan menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, baharulah dia mahu mencari mereka.

Sementara itu, pelakon Kazar Saisi mendakwa tidak tahu menahu mengenai khabar angin rumah tangga anaknya, Ira dan Syamsul dikatakan bermasalah.

“Saya tak tahu… Saya sedang berada di luar kota (outstation),” katanya.

datin patimah ismailDatuk Yusof HaslamIra Kazarputeri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/zfq1w
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara