Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

by Phic ARMAN
November 25, 2025
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula ditayangkan pada 17 November 2025 di Slot MegaDrama, Astro Ria, dan boleh ditonton juga melalui Astro GO dan sooka setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam. Dengan jumlah 28 episod, drama ini memang buat peminat tak sabar nak tunggu setiap episod.

Dalam drama terbitan iFAME ini, Kamal membawa watak Armin, seorang lelaki yang hadir dengan cinta tulus dan menawarkan sinar bahagia baru dalam hidup Hana, watak yang dibawakan oleh Nad Zainal. Penonton nampaknya terpesona dengan cara Kamal menjiwai wataknya.

Ramai peminat di TikTok dan ruang komen gelarkan dia “Shahrukh Khan versi Melayu”, dengan kata-kata seperti, “Perasan tak Kamal ni gaya dia macam Shahrukh Khan,” dan ada juga yang menambah, “Kamal memang best jadi hero… feeling dia boleh sampai ke hati. Mujur bukan oyen yang jadi hero!”

Mungkin lakonan Kamal kali ini lebih menyentuh kerana dia baru sahaja melalui fasa kemelut rumah tangga, menjadikan watak Armin terasa lebih real dan dekat dengan hati penonton.

Drama ini sendiri menarik kerana Hana kini berada di persimpangan dilema, haruskah dia kembali kepada Zakwan yang pernah mengkhianatinya, membuka hati untuk Armin yang menjanjikan bahagia, atau memilih kehidupan solo untuk melindungi hatinya daripada terluka lagi.

@bambamstudiosofficial

Team Armin 😎 Jom usha BahagiaYangTertangguh, BERMULA 17 November, Setiap Isnin -Khamis, 10 malam di Astro Ria hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka. #BahagiaYangTertangguh #fyp #megadrama #dramatiktok

♬ original sound – Bambam Studios – Bambam Studios

Dari segi produksi, drama ini diadaptasi daripada novel Rissa Ahdiya, dengan skrip ditulis oleh Oka Aurora dan diarahkan oleh Osman Ali. Kesemua elemen ini bergabung menjadikan Bahagia Yang Tertangguh bukan sahaja menarik dari segi jalan cerita, tetapi juga memberi ruang kepada Kamal untuk mempamerkan aura romantik ala Shahrukh Khan yang membuat peminat menunggu-nunggu setiap episod.

Bagi MURAI, kemunculan Kamal dalam drama ini membuktikan hero tempatan juga mampu membawa emosi mendalam yang menyentuh hati, dan memang seronok melihat bagaimana kisah Hana dan Armin akan berkembang dari minggu ke minggu.

Uqasha Senrose Mohon Pihak Terlibat Henti Laga & Sebar Fitnah Isu Kamal Adli Sudah Lama Tak Jumpa Anak
kamal adlinad zainal
https://lomp.at/fs2x5
Share10Tweet7SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Foto - @sooyaaa__ (IG)
Korea

Pemurah Betul! BLACKPINK Kim Jisoo Hadiahkan Beg Dior Lebih RM10K Kepada Pekerja

by Nurul A.
April 7, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Kim Jisoo menunjukkan penghargaannya kepada beberapa pekerjanya di agensi BLISOO. Jisoo yang turut menjadi Pegawai Eksekutif (CEO)...

Read moreDetails
Lokal

Fizo Omar Luah Rasa Kagum Dengan Syed Saddiq & Bella Astillah-“You Pilih Tanggungjawab…”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Aktor dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa kagum terhadap Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memilih tanggungjawab untuk mengikat...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Bidas Kenyataan Tareq Fit Dakwa Artis Hanya Mahu ‘Engagement’,

by Naddy Joe
April 8, 2026

Pelakon, Kamal Adli tampil membidas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit yang memetik namanya sebagai antara golongan artis yang hanya mahukan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara