Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Baju Finalis Warna Sama! Ini Yang Menarik Di ‘Final’ GV7

by Khai Azfar
December 14, 2020
Share on Facebook

Pentas akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan kejutan apabila penyanyi Cliff Umar dinobatkan sebagai juara bagi musim itu. Dengan kemenangan tersebut sekaligus membolehkan Cliff membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi.

Yang Menarik Di ‘Final’ GV7

Bukan itu sahaja, Cliff turut memenangi wang tunai RM2000 dan tajaan barangan Adabi bagi Anugerah Bintang Paling Power Meow buat penyandang juara GV7. Dalam pada itu, terdapat beberapa fakta menarik dan insiden telah berlaku disebalik kemeriahan pentas akhir GV7 berlangsung.

Daripada Markah Terendah Ke Juara

Siapa sangka pada minggu lalu Cliff sebenarnya hampir tersingkir daripada pusingan separuh akhir GV. Namun semangatnya yang kental dan ‘all out’ pada peringkat akhir ternyata berbaloi apabila muncul sebagai juara. Malah markah yang diperolehi oleh Cliff juga lebih tinggi berbanding dengan tempat kedua yang disandang oleh Muss.

Nabil Ketuai Bacaan Doa

Sebelum siaran langsung GV7, pengacara Nabil Ahmad mengetuai bacaan doa yang memohon dipermudahkan segala kelancaran peringkat akhir program ini.

200 Orang Meriahkan PICC

Setelah sekian lama tanpa kehadiran penonton,akhirnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kembali meriah. Biarpun hanya dalam skala kecil yang dihadiri oleh 200 orang terdiri daripada krew, peminat dan media, namun kehangatannya begitu dirasai.

Hady Mirza Hampir Terjatuh

Ketika usai persembahan duet bersama Linda Nanuwil menerusi lagu Terlanjur Cinta, Hady Mirza hampir terjatuh apabila tersadung ketika ingin ke belakang pentas. Namun, Hady sempat mengimbangi badannya sebelum Linda meneruskan persembannya yang cukup memukau

Busana Terakhir Finalis Mempunyai Warna Sama

Mungkin ada yang tidak perasan bahawa hampir kesemua finalis mempunyai ‘duet’ baju tona warna yang sama.

Noraniza Idris dan Oja mengenakan tona warna biru, Ashira dan Linda kelihatan anggun dalam busana berwarna perak serta Ayu Damit yang memakai busana merah turut berpadanan dengan Muss yang memakai baju kemeja bercorak kotak simetri berwarna merah dan hitam. Sebelum itu juga, Muss turut memakai sut berwarna merah!

Cermin Tidak Jatuh

Persembahan Ashira yang berduet bersama Liza Hanim menerusi lagu Beribu Sesalan sedikit terganggu apabila cermin yang ditolaknya sebagai gimik persembahan secara tiba-tiba tidak terjatuh. Bagaimanapun,rata-rata memuji vokal Ashira yang cukup lunak.

Kelibat Yantzen & Nizam Indigo Tidak Kelihatan

Ketika segmen persembahan alumni GV7, kelibat Yantzen dan salah seorang anggota kumpulan Indigo, Nizam tidak kelihatan. Difahamkan, kedua-dua penyanyi ini tidak dapat hadir di saat-saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Penampilan Khas Rohana Jalil & Amy Mastura

Siapa sangka persembahan yang dibawa oleh Noraniza Idris menerusi lagu Empat Dara yang berduet bersama Aishah ternyata cukup memukau! Bukan sahaja menggabungkan Empat Dara versi original dan versi 2020, malah persembahan itu turut memperlihatkan kemunculan Rohana Jalil dan Amy Mastura sebagai penampilan khas.

gegar vaganza 7
https://lomp.at/p7qf8
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Gen Z vs Majlis Kahwin Grand: Bukan Degil, Tapi Realiti Hidup

by Naja Nix
January 21, 2026

Perbincangan mengenai kos perkahwinan kembali hangat apabila suara Gen Z tular di TikTok dan Thread, menyentuh satu isu yang dekat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Remy Ishak ‘Sound’ Wartawan,- “You’re The Real Toxic…”

by Phic ARMAN
January 15, 2026

MURAI perasan sejak semalam timeline memang berasap. Isu wartawan Rex Tan yang tanya soalan sensitif pada George Galloway makin melebar...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (IG) / @drfietawfek (Threads)
Lokal

“Sengaja Buat Macam Ni Untuk Nama Naik Tiap Minggu Ke?”- Dr. Fie

by Nurul A.
December 30, 2025

Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau lebih mesra disapa sebagai Dr. Fie baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

[FOTO] Tak Kisah Jika Peminat Kongsi Gambar Lama, Sikap ‘Sporting’ Kamal Adli Tuai Pujian

by Nurul A.
December 29, 2025

Pelakon Kamal Adli kembali mencuri perhatian selepas menyatakan sikap terbuka dan positifnya terhadap peminat yang memuat naik semula gambar-gambar lamanya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore