Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bapa Ira Kazar Yakin Orang Bersabar Banyak Ganjaran -“Kau Buat Hal Pandai Pulak Suruh Orang Lain Sabar”

by Puteri Alia
March 30, 2023
Share on Facebook

Kini kita berada di bulan Ramadhan yang disebut juga dengan syahrus shabr, bulan kesabaran.

Hal yang demikian kerana pada bulan ini umat Islam dilatih untuk bersabar melalui ibadah puasa iatu menahan lapar dan dahaga, menahan untuk tidak berhubungan suami istri di siang hari pada bulan Ramadan dan bersabar daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa sekaligus melatih diri beramal soleh kepada Allah SWT.

Bukan sahaja lapar yang harus ditahan bahkan, kata-kata yang keluar dari bibir juga harus dibendung agar tidak mudah mengeluarkan perkataan yang boleh mengguris hati atau mendatangkan dosa.

Berbahas soal itu, antara nama yang sering menuai kecaman akhir-akhir ini adalah aktor senior, Kazar Saisi yang juga bapa kepada Ira Kazar.

Semuanya bermula selepas Syamsul, 39, yang juga pengarah popular tanah air itu membuat pengumuman di Instagram yang dia sudah bernikah lagi satu dengan Ira, anak kepada pelakon, Kazar Saisi.

Syamsul berkata, dia melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira sendiri.

Mereka dinikahkan Naib Kadi Syariah Wilayah Songkhla, Thailand, Haji Arfee-i Kayem.

Sebagai ayah yang menjadi wali dalam pernikahan yang berlangsung di Thailand itu, namanya secara tidak langsung turut terheret dalam kontroversi berkenaan.

Namun, baru-baru ini pelakon veteran berkenaan mengakui bahawa Ramadan kali ini memberi pelbagai hikmah malah mendidik dirinya untuk menjadi insan yang lebih penyabar.

Bukan itu sahaja, Kazar yang juga merupakan bapa kepada Ira Kazar itu memaklumkan bahawa dia kurang menggunakan media sosial dan cuba memperbaiki diri ketika Ramadan.

Memetik laporan mStar, Kazar menyatakan bahawa Ramadan ini perlu banyak bersabar dan percaya setiap kesabaran bakal peroleh ganjaran.

“Bulan Ramadan ni macam saya kuranglah tengok Instagram semua, memang kurang tengoklah pasal kita menghormati bulan Ramadan. Kita cuba untuk perbaikilah.

“Dari tahun lepas, tahun ini improve sikit, tahun depan improve lagi sikit. Ramadan ni banyak kena bersabarlah itu yang abang (Kazar) belajarlah. Akhir-akhir ini kena banyak bersabar.

“Dan terbuktilah kesabaran itu memang ada dia punya ganjaran,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran video luahan Kazar yang dikongsi di laman TikTok, rata-rata warganet berpendapat bahawa Kazar tidak menjadi mangsa dalam soal rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah, bahkan ada yang menuduh seolah-olah dia telah memberi izin anaknya menjadi orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga.

Ira Kazar Akui Jahil, Tegur Pengikut Tak Henti Ungkit Kisah Lalu Dengan Syamsul Yusof!

Selain itu, ditanya mengenai apa yang tidak dapat dilupakan ketika menjelang Ramadan, Kazar berkongsi bahawa dia sangat merindui akan pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid.

“Ikutkan apa yang tak boleh lupa… arwah Mamat Khalid lah tentang cerita Kampung Pisang, 16 Puasa, 17 Puasa, rindulah dengan dia punya karya tu. Memang tiada pengganti. Itu yang membuatkan saya sangat rindu tapi hidup mesti diteruskan,” luah Kazar.

Meskipun terdapat ramai pihak yang mungkin terkena tempias terutama ahli keluarga kesemua pihak yang terlibat, sejak rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon, Puteri Sarah Liyana serta Ira Kazar menjadi kontroversi di media sosial, orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi berlebihan.

Allah SWT mensyariatkan puasa Ramadan ini dengan tujuan antaranya adalah untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri yang sangat berkait dengan kesabaran.

Ira KazarKazar Saisiputeri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/nnvrm
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara