• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Bapa Mertua Nora Danish Disahkan Positif COVID-19

by Khai Azfar
January 19, 2021
Share on Facebook

Bapa mertua kepada pelakon Nora Danish, yang juga merupakan ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz telah disahkan positif wabak COVID-19 sebentar tadi.

Nazri Kontak Rapat Pesakit COVID-19

Gambar Via RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

Menerusi laporan media tempatan, Nazri menjadi ahli politik terbaru yang dijangkiti wabak tersebut selepas dia membuat ujian saringan. Difahamkan, Nazri menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” katanya seperti dipetik MALAYSIAKINI

Ketika ini, Nazri sedang menjalani kuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru, Kelantan bermula semalam.

“Jadi semalam saya sudah mula kuarantin di Hospital Zainab di Kota Bahru….,” katanya lagi.

Dalam pada itu, suami kepada Nora menerusi ciapan di laman Twitter nya memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan bapanya.

“Tolong doa untuk orang tua (ayah) saya. Dia di Kelantan.

“Hanya dia dan satu kakitangan disahkan positif. Ya Allah, kau permudahkan untuk dia,” ciapnya

Pada 12 Januari lalu, Nazri telah melakukan sidang media di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh media dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman. Empat hari hari selepas itu, Zaharin, yang merupakan bekas setiausaha Umno Bandar Tun Razak yang turut hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

datuk seri nazri aziznazri azizNazri Aziz Positif
https://lomp.at/wsjha
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore