Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Terbongkar! Bapa Pantau Mesej & Panggilan Untuk Britney Spears Selama Ini

Sanggup memantau mesej teks, panggilan telefon dan sejarah carian internet. 

by Naddy Joe
September 27, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka bapa kepada Britney Spears, Jamie Spears telah melakukan begitu banyak ‘kawalan’ terhadap kehidupan bintang pop itu sehingga sanggup memantau mesej teks, panggilan telefon dan sejarah carian internet.

Bekas Ahli Pasukan Keselamatan Buat Pendedahan

via Reuters

Menurut Fox News, pendedahan yang mengejutkan ini telah didedahkan oleh seorang bekas ahli pasukan keselamatan Britney yang mendakwa bahawa dia pernah diminta untuk meletakkan parental controls pada telefon bimbit yang diminta oleh penyanyi lagu Toxic yang ketika itu berada di bawah konservatori dan telah membataskan kehidupannya selama 13 tahun.

“Britney mahu mempunyai iPhone..dan itu adalah masalah besar. Semua orang risau.

Bos saya, Edan (Yemini)  menghampiri saya dan bertanya kepada saya, ‘ada sebarang monitoring services untuk iPhone yang anda tahu?’ Dan saya seperti, ‘Apa maksud anda?’

Dan dia seperti, ‘parental controls’. Adakah ada cara untuk meletakkan parental controls pada iPhone?’ Dan ketika itulah Edan menjelaskan kepada saya bahawa komunikasi Britney dipantau untuk keselamatan dan perlindungannya sendiri.”-Kata Vlasov, yang bekerja di Black Box Security sejak tahun 2012.

Vlasov mendakwa beliau sangat terganggu dengan permintaan Yemini sehingga beliau bertanyakan mengenai ‘undang-undang’ untuk memantau telefon bimbit Britney.

“Ya, mahkamah mengetahui hal ini. Peguam Britney juga menyedari hal ini. Ini untuk keselamatannya. Ini untuk perlindungannya. Dan kemudian Robin (Greenhill dari pasukan pengurusan Britney) memberikan idea, ‘mengapa tidak kita menggunakan iPad, log masuk akaun iCloud di situ, iCloud yang sama akan digunakan Britney pada telefonnya, akan memantulkan semua aktivitinya?’ Anda akan dapat melihat semua mesej, semua panggilan FaceTime, nota, browser history, gambar.” katanya

Jamie Spears & Greenhill Punya Akses Penuh Terhadap Komunikasi Britney

Beliau menambah, akhirnya dia  melakukan tugasan tersebut, dan memberikan akses penuh kepada Jamie  dan Greenhill untuk melihat apa sahaja dan semua yang dilakukan oleh Britney pada telefonnya. iPad yang dikatakan untuk “memantulkan” komunikasi pemenang Grammy itu telah disimpan dalam peti besi.

“Alasan mereka memantau adalah untuk mencari pengaruh buruk, mencari kemungkinan aktiviti haram yang mungkin terjadi, tetapi mereka juga memantau perbualan bersama rakan-rakannya, dengan ibunya, dengan peguam, Sam Ingham.”-Dedah Vlasov.

Peguam Jamie & Britney Beri Penjelasan

via Chris Pizzello

Walaubagaimanapun, peguam kepada Jamie, Vivian Lee Thoreen memberikan kenyataan bahawa ‘tindakan anak guamnya dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan Britney sendiri’.

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- "Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau"

Peguam baru Britney,  Mathew Rosengart pula menyatakan bahawa memintas dan memantau komunikasi Britney merupakan “pelanggaran hak privasi yang memalukan”.

“Memintas atau memantau komunikasi Britney, terutama komunikasi antara peguam-klien, merupakan pelanggaran mengejutkan dan memalukan terhadap hak privasi dan kebebasan sivil”-Jelas Mathew

Britney Spears & Sam Asghari

Untuk rekod, Jamie telah memfailkan petisyen pada awal September untuk mengakhiri konservatori. Hakim yang mengetuai kes tersebut dijangka akan menyetujui atau menolak petisyen yang difailkan oleh bapa penyanyi itu sewaktu perbicaraan berikutnya pada 29 September ini.

Sama-sama kita nantikan keputusan hakim…

britney spears
https://lomp.at/8kjgz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara