Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bapa Tiri Titip Pesanan Buat Marissa Dania, Netizen Sebak-“Bertuah Marissa Dikelilingi Keluarga Yang ‘Supportive’..”

by Naddy Joe
March 31, 2026
Share on Facebook

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria tampil memberikan nasihat buat anak tirinya, Marissa Dania selepas tular pengesahan pihak peguam yang mengesahkan  Aslam telah melafazkan dua kali lafaz cerai terhadap Marissa.

Faizal menerusi hantaran di Thread, turut meminta anak tirinya itu untuk tidak mensia-siakan kehidupan dan membuat pilihan yang terbaik untuk hidupnya itu.

“Adik Marissa, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik, kalau ada peluang untuk U-turn, kembalilah. Hidup adik masih panjang, jangan sia-siakan kehidupan adik.

Abah sentiasa doakan adik dunia akhirat, walaupun bukan anak kandung, Abah mahukan yang terbaik untuk adik.”-titip Faizal buat Marissa

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat Marissa masih mempunyai banyak peluang untuk membina kehidupan,kerjaya dan mencapai cita-citanya itu.

“Perhatikan apa yang berlaku sepanjang kehidupan adik selama ni, adalah ia membahagiakan atau sebaliknya, kalau ada peluang untuk bersendirian, jangan lepaskan.

Di hadapan adik adik masih luas ruangnya, bina kehidupan, kerjaya dan capai cita-cita.”-tambah Faizal

“Marissa Sia-siakan Kecantikan Dia, Kedudukan Dia…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Faizal sebagai bapa tiri yang bertanggungjawab terhadap anak tirinya itu, malah ada yang turut berpendapat Marissa layak untuk mendapat yang lebih baik.

“Andai kata jodoh dia tak panjang dengan Aslam, suruh dia pergi sambung belajar. Dia muda lagi. Mungkin sekarang dia dapat banyak job sebab masih muda dan cantik tapi tak boleh lawan kalau dia ada ilmu.”

“Marissa sia-siakan kecantikan dia, kedudukan dia, semua dia sia-siakan demi cinta. Buta nya cinta.. tak ada yang indah dalam berkongsi kasih. Semua akan terluka.. lepaskan je lah yang bukan milik kita semoga Allah swt ganti dengan yang lebih baik.”

“Bertuah Marissa di kelilingi keluarga yang supportive.. caption ibu kandung awak pon sebak. Bertuah masih ada ibu. Boleh mendoakan awak, nasihat dan beri pandangan 🥹 Kadang-kadang yang datang itu jodoh, kadang-kadang hanya persinggahan untuk mengajar kita sesuatu 🥹”

“Tak pernah nampak husband kak abby bersuara. Tapi sekali bersuara sangat mendalam intipati nya. Semoga Marissa baca dan fahami dengan kasih sayang. Ketahuilah awak sangat beruntung ada ibu bapa yang masih sayangkan awak dan sangat support awak. Jangan lukakan lagi hati mereka Marissa.”

Sekadar info, Marissa Dania bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sebagai isteri kedua.

Abby Abadi Titip Doa Mahu Marissa Keluar Dari Hubungan Toksik-"Anak Saya Perlu Diselamatkan.."
aslammarissa dania
https://lomp.at/uyhdh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tegur Konten Persenda Solat- “Dah Basi Lawak Macam Ni”

by Nurul A.
March 17, 2026

Bab-bab ibadah memang tiada kompromi! Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen berbentuk teguran kepada seorang pemuda di...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara