Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Baru Dapat Baby? Ini Bantuan RM100 Negeri Sembilan Yang Rugi Kalau Tak Mohon!

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026
Share on Facebook

Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, setiap bantuan kecil sebenarnya boleh beri impak besar, lagi-lagi bila melibatkan masa depan anak. Menariknya, Kerajaan Negeri Sembilan tampil dengan satu inisiatif yang nampak simple, tapi cukup bermakna untuk jangka panjang. Ramai mungkin tak perasan, sebenarnya ada bantuan khas untuk bayi baru lahir yang boleh dimohon oleh ibu bapa yang layak.

Kalau anda baru timang cahaya mata atau bakal bergelar ibu bapa, ini antara info penting yang memang rugi kalau terlepas.

Apa Sebenarnya Bantuan Bayi Baru Lahir Ini?

Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan 2026 adalah satu inisiatif yang bertujuan membantu ibu bapa memulakan simpanan pendidikan anak sejak hari pertama kelahiran lagi.

Walaupun jumlahnya nampak kecil, iaitu RM100, bantuan ini bukan diberi secara tunai sebaliknya dimasukkan terus ke dalam akaun SSPN sebagai simpanan pendidikan awal untuk anak.

Secara ringkasnya, ia macam “kickstart” untuk masa depan anak, supaya ibu bapa boleh mula merancang lebih awal tanpa perlu tunggu.

Kenapa Bantuan Ini Penting?

Ramai ibu bapa hanya mula fikir tentang kos pendidikan bila anak dah besar. Hakikatnya, kos pendidikan semakin meningkat setiap tahun.

Dengan adanya simpanan awal seperti ini, walaupun hanya RM100, ia boleh berkembang melalui dividen SSPN dari semasa ke semasa. secara tak langsung membentuk tabiat menabung dalam kalangan ibu bapa sejak awal lagi satu langkah kecil, tapi besar maknanya untuk masa depan anak.

Siapa Yang Layak Mohon?

Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, beberapa syarat telah ditetapkan oleh pihak kerajaan negeri.

Antara syarat utama yang perlu dipenuhi termasuk:

  • Ibu atau bapa merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembila
  • Bayi lahir di negeri tersebut
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Selain itu, permohonan juga perlu dibuat dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahiran bayi. Jadi kalau terlepas tempoh, memang tak boleh mohon dah.

Cara Mohon Bantuan Ini

Proses permohonan sebenarnya cukup mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.

  • Ibu bapa hanya perlu layari portal rasmi Negeri Sembilan melalui laman n9.digital
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Pastikan semua dokumen disediakan dengan lengkap supaya proses permohonan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Boleh Mohon Melalui Aplikasi

Untuk lagi memudahkan urusan, kerajaan negeri juga menyediakan aplikasi n9.digital yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Melalui aplikasi ini:

  • Permohonan boleh dibuat dengan lebih cepat
  • Pelbagai perkhidmatan digital negeri juga boleh diakses dalam satu platform.

Memang memudahkan, semuanya di hujung jari.

Bagi Murai, ini antara inisiatif yang wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Kadang-kadang yang kecil itulah yang jadi permulaan kepada sesuatu yang besar. Jadi kalau anda atau orang terdekat baru sahaja menerima cahaya mata, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula bertindak.

Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri Sembilan 2026
https://lomp.at/1m2au
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Freepik
Sosial Buzz

Pelanggan Dakwa Tak Dibenar Makan Sebelum Berbuka Di Restoran, Nama MCMC Pula Disebut?

by Noe
March 9, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas seorang pelanggan bukan Muslim berkongsi pengalaman yang dianggap agak mengelirukan...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Nampak Macam Benda Asing Dalam Santan Kotak – Santan Rosak Cetus Rasa Risau Netizen

by Noe
March 24, 2026

Isu keselamatan makanan kembali menjadi perhatian apabila satu perkongsian di Thread tular, memaparkan pengalaman seorang pengguna yang menemui objek mencurigakan...

Read moreDetails
Insentif

Nasi Mekdi Jadi Penyelamat? 50,000 Pek Disalur Kepada Mahasiswa

by Ayu Kamaruddin
February 24, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin mencabar, McDonald’s Malaysia tampil dengan satu langkah proaktif menerusi pelancaran Program Santun Pelajar....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara