Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Baru Tahu! Kumpulan Nona Rupanya Anak Didik Akim Ahmad & Stacy

Selain EVA, Feminin, Elite, DeFam & Dolla, Malaysia Kini Ada Nona!

by Khai Azfar
May 24, 2021
Share on Facebook

Kemunculan beberapa ‘band girl’ atau kumpulan wanita memberi warna baharu dalam industri muzik tanah air. Apatah lagi genre dan lagu yang diketengahkan segar dan mesra telinga.

Nona Mewarnai Kumpulan Penyanyi Wanita Tanah Air

Selepas DeFam dan DOLLA mencuri tumpuan dalam industri sebagai antara kumpulan penyanyi wanita popular ketika ini, Nona yang turut dianggotai tiga penyanyi wanita pula muncul mewarnai genre yang sama.Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 (Nona Raja), Low Kar Yee Angela, 26 (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony, 21 (Nona Rika), siapa sangka Nona merupakan anak didik pasangan selebriti yang juga penyanyi popular, Akim Ahmad dan Stacy.

Anak Didik Akim & Stacy

Berpengalaman luas dalam bidang nyanyian dan muzik, Akim dan Stacy menerusi syarikat rakaman mereka, Rhythm & Rhyme Entertainment ‘melahirkan’ kumpulan Nona sekaligus membuktikan semangat dan kualiti yang dihasilkan pasangan suami isteri itu.

Menurut Stacy, perjalanan untuk merealisasikan Nona mengambil masa panjang sebelum mereka berjaya disatukan dengan kemunculan single sulung, Kasuari selain video muzik yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

“Perancangan nak mewujudkan Nona ini sejak 2019 lagi, tapi agak terbatas sebab sibuk dengan kerja sendiri. Apabila sudah ada pengetahuan dan berdasarkan pengalaman, jadi saya dan Akim memikirkan sudah sampai waktu untuk berkarya kepada orang lain pula. Konsep dan hala tuju yang ada ini kami cuba untuk terapkan kepada orang baru lengkap dengan lagu.

“Pada awalnya, Nona ada ramai dan banyak kali bertukar. Ketika itu kami masih mencari kekuatan dan karakter yang perlu dibawa Nona. Jadi apabila sudah dapat top 3, baru kami mulakan latihan iaitu sejak Oktober tahun lalu. Sejak itu, saya banyak masa dengan mereka. Saya dan Akim ajar benda penting dalam muzik, apa patut buat dan ambil tahu apabila nak menyanyi.

“Macam Raja dan Lela mereka adalah penari profesional dan sudah biasa mengiringi persembahan penyanyi lain. Sementara Rika pula adalah bekas protege saya dalam Mentor Milenia. Jadi, nak menjadikan Raja dan Lela penyanyi dan Rika penari adalah cabaran. Tapi yang menariknya, disebabkan keinginan dan cara bekerja mereka, ketiganya dapat terima semua ini dalam tempoh yang singkat. Sejujurnya, saya teruja apabila melihat peningkatan dalam diri mereka,” katanya

Jelas Stacy, Nona bukan sahaja penyanyi malah juga sebagai penghibur yang muncul dengan identiti tersendiri, tampil dengan genre pop.

“Perjalanan nak satukan mereka agak susah. Masing-masing tidak berkenalan melainkan Lela dan Raja. Pernah satu tahap mereka bergaduh ketika proses rakaman video muzik. Lama kelamaan, apabila mereka tidur di studio selama dua minggu, baharulah nampak keserasian antara satu sama lain. Baru mereka dapat belajar dan terima pelajaran dengan senang. Jadi keserasian penting untuk menghasilkan perkara yang bagus dan berkualiti,” dedah Stacy

Berkongsi mengenai single pengenalan Nona berjudul Kasuari beserta video muzik, Stacy berkata genre diketengahkan adalah pop.

“Lagu dan video muzik sudah siap pada Mac lagi, tapi disebabkan sudah hampir dengan bulan Ramadan ketika itu jadi kami ambil keputusan tangguhkan dulu. Sekarang, ini waktu sesuai.

“Genre pop dipilih berdasarkan perbincangan dan keputusan semua. Mereka juga selesa dengan genre ini dan mahu mengetengahkan M-Pop,” tambah Stacy

Bukan Mahu Saingi Dolla

Ditanya adakah kemunculan Nona bakal memberi saingan baharu kepada kumpulan Dolla yang kian mencipta nama, Stacy berkata ia adalah perkara biasa dalam bidang muzik selain mahu menyajikan sesuatu yang baharu kepada peminat.

“Inilah kerja kami sebagai anak seni. Di mana bukan setakat nyanyi, apabila ada permintaan apa boleh dibuat mungkin pada generasi baru, dalam tak sedar memberi warna dan saingan sihat pada industri untuk terus ikut perjalanan muzik yang ada.

“Sejak kebelakangan ini pun peminat semakin suka dengan ‘band girl’. Dulu saya pernah terbabit dalam grup Evoke, jadi ada pengalaman sikit. Apabila Dolla dan Defam muncul, ia sedikit sebanyak memberi semangat untuk orang lain juga. Bagi yang suka dengarkan K-Pop, boleh jadikan M-Pop pula sebagai muzik pilihan selepas ini.

“Orang Malaysia ramai berseni. Cuma kena diberi peluang mencuba dan belajar. Nak cari yang mahu terbabit dalam bidang ini ramai, tapi nak yang cari pandai dengar dan ikut kata, susah. Jadi Nona akan sama-sama memberikan saingat sihat,” katanya lagi

Diminta mengulas kemunculan mereka bakal memberi saingan kepada Dolla, Rika mewakili anggota kumpulan berkata mereka cuba memberi yang terbaik.

“Bagi kami tidak timbul soal nak bersaing. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Mereka (Dolla) sudah ada peminat tersendiri, sementara kami masih baharu lagi. Apa yang diharapkan adalah sokongan daripada semua pihak.

“Malah menerusi single pertama ini, ia adalah peluang untuk kami menonjolkan bakat yang ada selain ingin memberi yang terbaik. Kami juga percaya peminat muzik mempunyai cita rasa berbeza,” kata Rika

Kasuari buah tangan pertama Nona kini boleh dilayari di semua platform digital.

YouTube video
Kumpulan Nona
https://lomp.at/rpsz8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  4. 4

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

  5. 5

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara