Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Becca Hamil Anak Ke 6, Ada Cabaran Di Sebalik Kehamilannya

by Rory Kim
October 7, 2022
Share on Facebook

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam Binti Ahmad atau Becca berkongsi khabar baik buatnya dan keluarga di Instagram @rebeccanuralislamahmad.

Perkongsian tersebut mengenai dia bakal menerima kehadiran malaikat kecil dalam keluarganya.

Hamil Anak Ke 6

VIA Instagram rebeccanuralislamahmad

Rebecca memuat naik beberapa keping gambar yang terlihat anggun dengan busana yang digayakan. Pose Becca sambil memegang “baby bump” menjadi perhatian dan katanya dia sedang hamil anak ke-6.

“Assalammualaikum From MummyBecca & Baby BamBam ??

Doa Yang Baik Baik,Cakap Yang Baik Baik,” – tulisnya di posting.

Dalam Suka Ada Duka 

Dalam pada berita gembira, hadirnya berita kurang menyenangkan diterima oleh Rebecca tentang kehamilannya kali ini.

Memetik laporan Harian Metro, Rebecca berkongsi mengenai tentang cabaran yang dialami ketika hamil anak keenam dengan usia kandungan hampir memasuki dua bulan.

Menurutnya, kesemua lima anak sebelum ini dilahirkan melalui proses pembedahan caesarean, bukan secara normal.

“Esok baru dapat tahu sama ada saya boleh simpan kandungan ini atau terpaksa ‘lepaskan’.

“Alhamdulillah, usia kandungan baru nak masuk dua bulan. Alahan dah ada iaitu memilih makanan dan ‘morning sickness’. Tapi itu lah kena tunggu esok yang mana saya perlu berjumpa doktor dulu.

“Ini kerana, kehamilan kali ini doktor agak risau sebab kena putuskan dan berhati-hati. Sebab semua anak anak sebelum ini dilahirkan menerusi kaedah caesarean. Jadi, doktor takut sangat bila saya simpan kandungan ini dan kalau saya tak kuat sampai hujung sembilan bulan, ia membahayakan nyawa saya. Bayi dalam kandungan insya-Allah okay,” katanya seperti yang dipetik.

Rebecca juga menambah, situasi yang dialami itu membuatkan dirinya sedang dilema.

“Keadaan saya boleh menjadi sebaliknya kalau saya tak kuat. Saya pun dalam dilema juga. Itu yang sedih. Apa pun keduanya iaitu saya dan bayi doktor jamin dengan selamat. Doakan yang baik-baik buat saya. Tapi saya gembira sebab Allah bagi lagi rezeki,” katanya.

Dalam pada itu Rebecca turut mengatakan dia tidak merancang soal memiliki anak meskipun sudah dinasihati doktor untuk mengikat peranakan sebelum ini. Katanya, kehamilan kali ini tentunya satu rezeki daripada Allah SWT yang membuatkan dia sangat gembira.

“Hari tu masa bersalin anak kelima, doktor dah suruh ikat, tapi saya tak ikat. Untuk kehamilan kali ini, saya tak merancang pun, dah Allah nak bagi rezeki ini. Tapi saya sangat gembira.

“Pun begitu tetap ada risiko yang tinggi. Apa pun esok baru dapat tahu keputusan selepas doktor buat imbasan dan periksa semuanya,” katanya.

Terdahulu, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Norazam Sulaiman. Hasil perkongsian hidup mereka memiliki enam cahaya mata termasuk seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmet Al-Reaggan, dan Nor Aurora Riana.

"Saya Sebagai Anak, Abang, Dan Suami Turut Tersepit Dalam Keadaan Ini...-"Aliff Syukri

Murai MY mendoakan Becca dan keluarga terus kuat dan tabah dalam mengharungi apa jua yang bakal dihadapi akan datang.

rebecca nur al islam
https://lomp.at/dcwsx
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara