Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Beg Tangan Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Buat Ramai Zoom-In

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika sebelum ini tumpuan warganet tertumpu pada kereta mewah yang dinaiki, kali ini satu lagi detail kecil Sosial Buzz berjaya kupas dalam video sama  apabila beg tangan mewah berjenama Louis Vuitton atau LV yang digayakan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza ketika tiba di Program Rancakkan MADANI di Putrajaya mula mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman TikTok yang sama dimuat naik oleh akaun @syahmilnazreen_, ramai mula zoom-in dan menyedari aksesori yang melengkapkan penampilan Biduanita Negara itu ialah Louis Vuitton NéoNoé MM dalam tona crème. Tak perlu logo besar atau gaya sarat, satu beg sahaja sudah cukup menyampaikan mesej ‘quiet luxury’.

@syahmilnazreen_

Ketibaan Biduanita Negara, Siti Nurhaliza @Siti Nurhaliza di Putrajaya sempena Program Madani #SitiNurhaliza #BiduanitaNegara #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Untuk Selamanya – Siti Nurhaliza

Simple Tapi Nampak Kaya

Di sebalik gaya Siti yang ringkas dan sopan, terselit satu statement halus melalui pilihan beg tangannya. LV NéoNoé MM bukan sekadar beg bucket biasa, sebaliknya antara rekaan ikonik Louis Vuitton yang diinspirasikan daripada beg champagne bucket tahun 1932.

Potongan bucket yang bersih, rona crème yang lembut serta logo LV yang tidak terlalu menonjol menjadikan keseluruhan penampilan Siti tampak effortless classy. Tak perlu banyak aksesori, tak perlu gaya berlebihan, less is more, and it works.

LV NéoNoé MM Dove/Cream – Sartorial Avenue
Via laman web rasmi LV/ my.louisvuitton.com

Difahamkan, LV NéoNoé MM dalam tona crème ini dijual pada harga sekitar RM14,200.00, menjadikannya antara item mewah yang tidak terlalu ‘over the top’, tetapi cukup untuk memberi sentuhan eksklusif pada keseluruhan penampilan.

Serasi Dengan Aura Biduanita Negara

Apa yang menarik, warna crème pada NéoNoé MM ini sangat ‘kena’ dengan persona Siti yang feminin, matang dan lembut. Tona neutral sebegini mudah dipadankan dengan apa sahaja sama ada busana formal di acara rasmi atau gaya lebih santai di luar pentas.

‘MM’ atau “Moyen Modèle” memang istilah dalam bahasa Perancis yang digunakan Louis Vuitton untuk kategori saiz (sederhana/medium), cukup praktikal kerana tidak terlalu besar bahkan tidak terlalu kecil. Sesuai digayakan sama ada disandang ke bahu atau di lengan, tanpa mengganggu pergerakan. Untuk figura yang sentiasa bergerak seperti Siti, praktikaliti dan estetika jelas berjalan seiring.

Praktikal Untuk Ikon, Bisneswoman & Supermom

Sebagai ikon muzik dan figura bisnes yang sentiasa sibuk, pemilihan LV NéoNoé MM ini dilihat mencerminkan sisi Siti yang mementingkan fungsi. Rekaan bucket dengan kompartmen dalaman serta tali boleh laras menjadikan beg ini sesuai untuk wanita yang perlu membawa banyak keperluan, tetapi masih mahu kekal kemas dan teratur.

Lengkapkan Naratif ‘Luxury, But Relatable’

Jika kemunculan Siti menaiki Porsche Cayenne GTS Coupe sebelum ini membuat warganet teruja, visual LV NéoNoé MM crème di lengannya pula seolah-olah melengkapkan naratif “luxury, but relatable”.

Cara Siti menggayakannya juga tidak dibuat-buat. Dipakai seperti beg harian, bukan sekadar props untuk kamera. Itulah yang membuatkan ramai rasa gaya high-end pun boleh tampak mesra dan realistik.

Daripada kereta mewah hinggalah ke aksesori fesyen, satu perkara jelas tentang penampilan Siti di Program Rancakkan MADANI, konsistensi. Semuanya mencerminkan statusnya sebagai Biduanita Negara, berkelas, tersusun dan tidak pernah hilang sentuhan kelembutan.

Murai rasa jika video ketibaannya tular kerana aura superstar, detail kecil seperti NéoNoé MM ini pula menjadi pelengkap yang membuat peminat fesyen berhenti scroll. Ringkas, elegan dan tepat.

[VIDEO] Siti Nurhaliza 'Flex' Baju Konsep Menyapu, Peminat Terhibur- "Bersih Lantai, Senang Kerja Cleaner"
beg tanganLVrancakkan MADANIsiti nurhaliza
https://lomp.at/7cbq0
Share24Tweet15SendShare

KINI TRENDING

via reddit
Sosial Buzz

Niat Baik Bertukar Kecoh, Wanita Cedera Dipercayai Dirempuh Orang Ramai Ketika Agih Angpao

by Naja Nix
February 23, 2026

Tindakan murni seorang wanita yang ingin berkongsi rezeki sempena Tahun Baru Cina minggu lalu bertukar menjadi detik mencemaskan apabila suasana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Terima Kasih Kanser…”- Iktibar Dari Pemergian Vidi Aldiano, Catatan Terakhir Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
March 9, 2026

Pemergian penyanyi popular Indonesia, Vidi Aldiano pada Sabtu lalu benar-benar mengundang rasa hiba dalam kalangan peminat. Allahyarham dilaporkan meninggal dunia...

Read moreDetails
Insentif

Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
February 11, 2026

Menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif...

Read moreDetails
Insentif

Selangor Terus Prihatin, Insentif Rawatan Tibi RM800 Diteruskan Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan Selangor terus komitmen dalam membanteras penularan penyakit berjangkit apabila insentif rawatan Tuberkulosis (tibi) sebanyak RM800 sekali lagi diteruskan bagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara