• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Belajar Jurusan TESL”- Noralbaniah Akui Punca Salah Pilih Kawan Penyebab Anak Dipenjara

by Puteri Alia
June 15, 2023
Share on Facebook

Tugas menasihati anak-anak kebiasaannya diserahkan kepada si ibu, mungkin disebabkan naluri keibuan yang lebih lembut dan memahami menyebabkan kebanyakan bapa akur dan memberi kepercayaan kepada si isteri untuk menegur.

Bukan mudah sebenarnya untuk menasihati terutama sekiranya si anak semakin meningkat remaja, mungkin pada si ibu, teguran yang dilakukan itu demi kebaikan anak-anak.

Usaha menegur ibarat mencurah air di daun keladi sekiranya si anak tidak bersedia menerima teguran itu. Lebih menyedihkan, ia langsung tidak terkesan di hati mereka.

“Ini ujian untuk saya, Alhamdulillah saya kuat”.

Demikian luahan pelakon senior, Noralbaniah mengulas insiden hitam membabitkan anak tunggalnya, Syarra Sudarman yang terkait dengan penyalahgunaan dadah sekitar Oktober tahun lalu.

Menurut pelakon berusia 54 tahun itu, pada awalnya memang sukar untuk berdepan masyarakat, namun reda dengan ketentuan Allah selain kembali kepadaNya yang membuatkan hatinya tenang.

Katanya, sebagai ibu dia telah melaksanakan tanggungjawab mendidik permata hatinya itu sebaik mungkin, tetapi tidak mampu menyekat pergaulan selepas anaknya itu meningkat dewasa.

“Tiada emak bapa yang mahukan anaknya menjadi begini, apatah lagi terjerumus dengan benda seperti itu. Semuanya berlaku tanpa saya duga.

“Ramai yang menyalahkan saya. Syarra bukan budak bawah umur yang boleh dikawal atau disekat pergaulannya kerana dia sudah berumur 28 tahun.

“Tetapi benda dah jadi, saya kena berlapang dada. Semua ini pengajaran. Mungkin ini menjadikan seseorang itu lebih baik kemudian hari,” katanya.

Kongsi aktres popular 1990-an itu mengimbas detik penahanan dan penangkapan anaknya juga hanya diketahui menerusi panggilan seorang wartawan.

“Saya mahu memohon maaf kepada pihak media yang menghubungi saya tetapi saya tidak dapat membalas panggilan itu sebab saya hanya dapat tahu pun melalui wartawan berkenaan.

“Bayangkan perasaan saya ketika itu, terduduk dan terkejut bila dimaklumkan mengenainya. Saya jadi kaku.

“Saya bukan pengguna media sosial yang bangun pagi terus tengok berita terkini. Jadi, saya tahu daripada panggilan media dan sangat terkejut,” katanya.

Mengulas perkembangan Syarra, Noralbaniah berkata, Syarra sudah keluar penjara pada Mac lalu dan kini dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, Syarra elok sahaja. Saya pergi melawatnya di Melaka dan kerana berkelakuan baik, Syarra dibenarkan keluar awal.

“Bukan tiada didikan agama mahu pun tak habis belajar. Dia lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

“Saya tak nafikan, mungkin Syaeea salah pilih kawan, tetapi saya tak mahu cakap lebih sebab kejadian ini sudah berlaku.

“Itulah satu-satunya anak saya bersama arwah Sudarman. Saya berkahwin dengan arwah hanya dua tahun dan tidak berkahwin selepas kematian arwah,” kongsinya.

Sebelum ini Syarra mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan selain perlu menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 11.45 pagi pada 12 Oktober tahun lalu.

Atas kesalahan itu, wanita tersebut dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.

Pertuduhan kedua pula apabila didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 3 petang pada tarikh sama.

dadahnoralbaniah
https://lomp.at/g4oaa
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fara Fauzana Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

by Naddy Joe
September 4, 2025

Penyampai radio, Fara Fauzana berkongsi khabar gembira apabila dia berjaya menawan puncak gunung ke-29 tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung...

Read more
Lokal

Irfan Haris Dedah Fattah Amin Jumpa Keluarga Sebelum Dekati Amira, Mula Mengorat Di Konsert TokTi

Penyanyi Irfan Haris akhirnya membuka rahsia mengenai detik awal perkenalan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon terkenal, Fattah Amin. Menurut Irfan,...

Read more
by Puteri Alia
September 11, 2025
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Peminat Terkejut Shah Rukh Khan Pernah Dipenjara Pada Tahun 1992- Apa Sebabnya?

Shah Rukh Khan terkenal dengan kerjaya lakonanya yang cemerlang. Namun, tiada siapa sangka bahawa King of Bollywood ini pernah dipenjara...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Konsert

Rockolusi Kuasa Dua: Gabungan Epik Kristal X & Azlan & The Typewriter di Zepp KL

Tahun 2026 bakal dibuka dengan penuh bergaya apabila Republic Mokhmah Records menganjurkan konsert mega bertajuk Rockolusi Kuasa Dua, mempertemukan dua...

Read more
by Aphit J.
September 27, 2025
Lokal

Ameng Dedah Jantung Datuk A. Aida Berhenti 8 Kali, Doktor Suruh Baca Yasin

Bekas suami penerbit drama terkenal, Datuk A. Aida iaitu penyanyi kumpulan Spring, Ameng berkongsi detik cemas apabila ibu kepada anak-anaknya...

Read more
by Puteri Alia
September 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Terhibur Bila Afwa Cakap Nyanyian Siti Nurhaliza Tak Sedap

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa memberitahu bahawa nyanyian Siti Nurhaliza tidak sedap untuk didengarinya itu. Reaksi terkejut...

Read more
by Noah Ab
October 22, 2025
Lokal

[VIDEO] Syatilla Melvin Tunjuk Aksi Pelik Anaknya Dalam Surau Mall-“Aku Cuba Senyum Tanpa Suara”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Syatilla Melvin yang merakam bagaimana perangai anaknya yang sama dibuatnya itu ketika berada...

Read more
by Noah Ab
November 21, 2025
Konsert

Satu Malam, Tiga Dunia Muzik: Malam Simfoni Luka Gegar Megastar Arena

Bersedialah untuk malam penuh jiwa dan getaran pada 24 Januari 2026, apabila tiga nama besar dunia muzik alternatif dan pop...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!

Telatah pengacara, Roslan Shah atau lebih mesra disapa sebagai Cik Lan bersama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida mencuit hati...

Read more
by Naddy Joe
October 28, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  2. 2

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

  5. 5

    [GAMBAR] Gelagat Anak Perempuan Tok Ram ‘Selfie’ Bersama Buatkan Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore