Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Beli iPhone ‘Second Hand’? Ini 5 Hal Yang Perlu Anda Perhatikan

by Naddy Joe
January 19, 2021
Share on Facebook

iPhone sememangnya telefon pintar yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Walaupun ianya dikalsifikasikan sebagai high-class smartphone, ia tidak menjadikan populariti telefon pintar ini menurun walaupun sedikit. Harganya yang agak mahal menjadikan sesetengah orang memilih untuk membeli iPhone second hand.

Walaubagaimanapun, sudah tentu ianya mempunyai risiko tersendiri untuk membeli iPhone second hand atau terpakai. Berikut 5 perkara yang perlu anda perhatikan sebelum membelinya. Stay tune guys!

Periksa Keadaan Fizikal iPhone

Anda perlu memberi perhatian pada keadaan fizikal barangan yang ingin dibeli oleh anda. Jika terdapat sedikit calar, ianya boleh diterima kerana ianya barang terpakai. Walaubagaimanapun, jika keadaan fizikalnya terlalu teruk seperti keretakan yang melampau, anda perlu mempertimbangkan semula keputusan untuk membelinya.

Periksa Battery Health

Perkara yang sering menjadi masalah dalam penggunaan iPhone adalah masalah bateri. Oleh kerana ianya adalah telefon pintar second hand, anda juga perlu memberi perhatian terhadap kesihatan bateri iPhone yang ingin anda beli. Sekiranya kesihatan bateri iPhone tersebut 80 peratus ke atas, bermakna ianya masih selamat untuk digunakan dan anda tidak perlu menggantinya dengan bateri yang baru.

Periksa IMEI 

Sebelum membeli iPhone second hand atau terpakai, anda juga perlu periksa IMEI (International Mobile Equipment Identity) pada kotak dan iPhone itu sendiri. IMEI ini berfungsi untuk mengesan telefon pintar yang hilang dan mengetahui sama ada telefon pintar itu berada dalam pasaran gelap ataupun tidak.

Periksa True Tone

Liquid Crystal Display (LCD) adalah bahagian sensitif pada telefon pintar. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli second hand atau terpakai, anda perlu memeriksa true tone pada iPhone. Jika true tone tidak dapat diaktifkan, berkemungkinan LCD dari iPhone tersebut pernah diganti.

Periksa Menggunakan Aplikasi 3UTools

Untuk memudahkan anda memeriksa kerosakan atau bahagian yang perlu diganti dari iPhone anda, anda boleh memeriksa menggunakan aplikasi 3UTools di PC anda. Sambungkan iPhone ke komputer yang sudah mempunyai aplikasi 3UTools. Melalui aplikasi ini, anda dapat melihat skor iPhone dan memeriksa sama ada iPhone telah diganti atau tidak, kamera, bateri, dan lain-lain.

Selamat Mencuba!

https://lomp.at/catn5
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara