Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Bella Astillah Nafi Sahabatnya Penyondol, Minta Netizen Henti Fitnah Ami Sehingga Libatkan Keluarga

by Puteri Alia
November 14, 2025
43
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Bella Astillah tampil meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap wanita dikenali sebagai Ami Ilana selepas ada netizen bertindak melampau sehingga menggelarnya sebagai penyondol. Menurut Bella, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak benar seperti dakwaan kononnya Ami menjadi orang ketiga dalam hubungannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Jelas Bella, segala kekeliruan sudah pun diselesaikan secara baik antara mereka. Situasi hanya menjadi kecoh kerana wujud segelintir pihak yang memulakan panggilan tidak sepatutnya terhadap Ami tanpa melakukan usul periksa, sekali gus mengheret lebih ramai untuk mengecam.

Bella menegaskan tidak wujud langsung istilah ‘sondol-menyondol’ kerana Ami sudah bersama dengan BASS sejak awal, malah Ami bukanlah seorang wanita single seperti yang diperkatakan. Hal itu menjadikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya semakin tidak masuk akal.

Tambah Bella, kecaman yang semakin melarat itu perlu dihentikan segera kerana sudah melibatkan ahli keluarga yang tidak tahu-menahu tentang isu berkenaan. Katanya, tindakan tersebut sangat tidak adil dan boleh mengguris hati ramai pihak.

Dia turut meminta agar hentikan kecaman terhadap Kak Tasha yang turut terheret sama dalam isu ini. Ujar Bella, mereka semua berada dalam keadaan baik dan memilih untuk terus bergerak ke hadapan kerana masing-masing tidak menyimpan sebarang niat buruk.

Sebelum ini, tular dakwaan kononnya hubungan Bella dan Syed Saddiq mula diganggu oleh seorang wanita yang rapat dengan mereka. Isu itu tambah panas apabila di laman Threads, ada netizen mendakwa ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz lebih menyukai individu berkenaan yang merupakan kakitangan jenama yang diwakili pasangan tersebut. Perkara itu menimbulkan tanda tanya apabila netizen mendapati tiada hantaran foto Sharifah Mahani bersama Bella.

[VIDEO] "Doakan, Itu Penting!" Rakyat Muar Doa Syed Saddiq Cepat Nikah

Spekulasi hubungan mereka semakin menjadi-jadi apabila Bella sering dilihat bersama keluarga Syed Saddiq, malah turut menemani lelaki itu ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis pada 14 September lalu. Bagaimanapun, Bella dan Syed Saddiq sejak awal menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan meskipun sering kelihatan serasi bersama.

Di sebalik segala teka-teki yang tercetus, Bella memilih untuk meredakan keadaan dengan menjelaskan kedudukan sebenar, berharap agar semua pihak berhenti menambah minyak pada api yang tidak wujud.

Bella Astillah
https://lomp.at/lrzj4
Share17Tweet11SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Foto - @mohd_benladin (IG)
Lokal

“Saya Tak Beraya Sebab Gaji Tak Dapat Lagi”- Individu Kesal Ben Ladin Culas Bayar Gaji

by Nurul A.
March 25, 2026

Nama Ben Ladin menjadi tumpuan ramai selepas seorang individu tampil meluahkan rasa kesalnya apabila penyanyi rap itu didakwa belum membuat...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Foto - @abcdefghijaz_ (Threads)
Lokal

Siti Nurhaliza Jawab Soal Bersolat Tanpa Telekung- Agamawan Pula Kata Ini…

by Nurul A.
February 26, 2026

Penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengerjakan ibadah solat baru-baru ini menjadi tumpuan ramai apabila penyanyi itu dilihat...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara