• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Bella Rahim Terharu Pelakon Tempatan Beri Sokongan

by Khai Azfar
August 12, 2020
Share on Facebook

Nama Siti Robela Rahim, 46 atau lebih dikenali sebagai Bella Rahim menjadi tumpuan rakyat Malaysia baru-baru ini selepas muncul sebagai Cameo di dalam filem aksi thriller, Train To Busan : Peninsula.

Dapat Layanan Istimewa 

Gambar : Hype.my

Manakan tidak, jarang sekali dapat melihat pelakon dari Malaysia muncul dalam filem blockbuster seumpama itu apatah lagi sekual Train To Busan merupakan filem yang ditunggu-tunggu ramai selepas muncul debut pada empat tahun lalu. Berkongsi pengalamannya ketika memegang watak sebagai Major Jane, Bella ketika ditemui di studio Murai.my meluahkan rasa terujanya membintangi filem arahan Yeon Sang-Ho itu.

Menurut Bella, dia mendapat tawaran tersebut sekitar Mei tahun lalu apabila dihubungi oleh ejennya. Ketika itu, dia tergamam kerana tidak menyangka berpeluang berlakon dalam filem itu biarpun sekadar kemunculan khas. Kongsi Bella lagi, dia juga berasa cukup bertuah kerana mendapat layanan yang cukup istimewa daripada pihak produksi saat tibanya di Korea Selatan.

” Bayangkan ketika tiba di lapangan terbang, saya disambut dengan menaiki sebuah mpv mewah. Ketika itu, saya ada tanya kita nak ambil siapa lagi. rupa-rupanya kereta tersebut disediakan khas untuk saya. Bukan itu sahaja malah hampir segala-galanya dijaga dengan rapi dan terperinci. Saya ini sebenarnya hanya sekadar cameo tapi mereka anggap saya sebagai ‘A’ Lister”

Ketika ditanya mengenai pengalamannya berlakon di bawah produksi Korea Selatan, akui Bella dia kagum dengan persediaan dan disiplin yang diamalkan oleh mereka.

Malah ketika pertama kali bertentang mata dengan Yeon Sang-Ho dan krew yang lain, mereka telah memberikan tunduk hormat seolah-olah mengalu-alukan kedatangannya.

Dapat Sokongan Pelakon Tempatan 

Dalam perkembangan lain, Bella turut berterima kasih dan berasa terharu apabila terdapat pelakon-pelakon popular tempatan lain seperti Sherry Al-Hadad turut memberi sokongan kepadanya tatkala tularnya berita mengenai pelakon Malaysia terbabit dalam naskhah antarabangsa itu.

“Sherry Al-Hadad repost sebab ada yang cakap dan tag ini Sherry Al-Hadad ke? Lepas itu, ada yang menjelaskan bahawa ianya bukanlah Sherry sebaliknya Bella Rahim. Saya terima itu sebab Sherry sendiri merupakan seorang yang cantik dan satu-satunya Sherry Al-Hadad di Malaysia telah repost saya punya posting”

Untuk info, Bella memulakan kariernya di dalam bidang fesyen sebagai seorang model bersaiz comel dan terlibat dengan beberapa peragaan.Bagi karier seni pula, dia menceburkan diri secara sambilan sejak 2007 setelah mendapat kelulusan pendidikan Diploma Seni Persembahan dari École Philippe Gaulier, Perancis. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Cosmo India 2020 ini juga pernah terbabit dalam filem Ola Bola arahan Chiu Keng Guan sebagai watak tambahan.

YouTube video

bella rahimTrain To Busan : Peninsula
https://lomp.at/77ggm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore