• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Belum Ada Rezeki Untuk Dapat Anak”- Heliza Helmi Reda Dengan Ketentuan Allah, Belum Terfikir Mahu Ambil Anak Angkat

by Puteri Alia
February 2, 2024
Share on Facebook

Setiap pasangan berkahwin sudah tentunya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga. Namun kadang-kadang tidak semua yang dirancang berlaku seperti yang dimahukan. Ada suami isteri yang lambat dikurniakan zuriat sebagai satu ujian dari-Nya.

Namun beriman kepada takdir adalah tuntutan asas yang merupakan rukun iman keenam iaitu beriman kepada qadak dan qadar. Qadak dan qadar adalah dua perkara yang berbeza, tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain.

“Belum ada rezeki untuk dapat anak. Doa-doakanlah. Allah SWT tahu apa yang terbaik,” kata penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi.

Berbahas soal anak, Heliza berkata demikian ketika ditanya sama ada dia menangguhkan hasrat untuk memiliki anak kerana kesibukan dengan kerjaya seni dan aktiviti kemanusiaan yang dijayakan.

Menurut Heliza atau nama sebenar, Nur Heliza Helmi, dia reda dengan ketentuan Allah SWT kerana masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berumah tangga.

“Kami tidak tangguh untuk dapat anak sebaliknya belum ada rezeki lagi.

“Saya ada tanya soal anak kepada ustaz di Makkah, kita hendaklah minta doa supaya dapat anak yang Allah reda.

“Jadi bila kita belum dapat anak, kita akan reda kerana Allah belum beri dan hati kita juga menjadi lapang dan tenang bila kita faham dengan konsep itu,” katanya.

Memetik laporan penuh berita online, ditanya soal anak angkat pula, kata pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9 ini, dia dan suami belum ada perancangan ke arah itu lagi.

“Saya memang suka dengan kanak-kanak tapi belum ada perancangan untuk ambil anak angkat lagi.

“Alhamdulillah, hidup saya dan suami tidak pernah sunyi kerana kini kami sudah ada beberapa kucing yang tidur pun dengan kami,” katanya.

Pada masa sama, kata Heliza, dia juga bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyelamatkan kucing terbiar di jalanan.

“Sebagai mana yang kita tahu Nabi Muhammad SAW pun sayang kucing sebab itu bila saya berada di Makkah dan Madinah iaitu di tempat yang dekat dengan baginda pun kami cari kucing terbiar dan bawa pergi ‘vet’ (pusat rawatan kucing)” katanya.

Berkongsi mengenai suaminya pula, kata Heliza, dia bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang sangat memahami kesibukannya itu.

“Suami faham dengan kerjaya yang saya ceburi dan saya juga percaya Allah SWT juga tahu untuk jodohkan kita dengan siapa kerana kerja dakwah bukanlah sesuatu yang mudah.

“Suami juga seorang yang sangat menyokong dan membantu saya dalam aktiviti dilakukan,” katanya yang turut mengisi masa terluang dengan aktiviti menunggang kuda dan memanah.

Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.

Suami Beri Ucapan Puitis Atas Kemenangan Heliza Helmi Di ABPBH37
heliza helmi
https://lomp.at/hzljc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore