• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Belum Kahwin Sudah Kongkong Teman Wanita, Sharnaaz Ahmad Akui Apa Salahnya Mahu ‘Kawal’ Kerana Sayang

by Puteri Alia
May 19, 2023
Share on Facebook

Ramai individu di luar sana berdepan dengan pasangan yang kuat mengongkong.

Kebiasaanya, ianya terjadi bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, namun ada yang melihat tindakan demikian daripada sudut positif iaitu ia adalah salah satu cara ‘love language’ yang dipamerkan oleh individu tersebut terhadap pasangan yang mereka cintai.

Berbahas soal ini, pelakon kacak yang kini berstatus duda terlaris, Sharnaaz Ahmad, 38, kini didakwa mengongkong kekasih barunya.

Terdahulu, Sharnaaz pernah memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.

Malah, nama pelakon baharu, Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas rakan baik bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix pernah terlepas menyebut nama pelakon berkenaan.

“Saya rasa kalau saya kawal sekali pun, saya yang kawal. Kenapa nak sibuk? Suka hati saya nak buat apapun.

“Bagi saya, kawal tandanya peduli, kalau tak kawal, tidak peduli. Ikut dia nak jadi apa, itu hak dia, tetapi kawal ada banyak fasa.

“Kalau kawal, tandanya mahu si dia menjadi yang terbaik.

“Kalau kawalan terlalu merepek, merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada jadi mat rempit atau bohsia,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah membuat kenyataan bakal teman wanitanya mestilah seorang yang boleh menambat hati anaknya, Jebat Jayden. Namun, Sharnaaz tidak boleh menjawab sama ada teman wanitanya disukai anaknya ataupun tidak.

“Yang itu kena tanya Jebat, saya tak berani nak bercakap. Bagi saya, apa yang saya lihat, ia boleh diteruskan lagi, kita tengok sejauh mana,” katanya.

sharnaaz ahamd
https://lomp.at/d24mn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore