• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ben Ali Dedah Mula Berniaga Dari Sebuah Pondok Rehat

by Khai Azfar
January 26, 2021
Share on Facebook

Siapa sangka hanya bermula dari pondok rehat yang terletak di perumahan awam Sri Sabah, Cheras dan kini perniagaan Absolut Chocolat yang dimiliki oleh bekas pelakon, Ben Ali mampu mengusahakan kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.

Kini Punyai Kilang Tersendiri 

Kilang berkenaan yang didaftarkan di bawah nama Absolut Brands Sdn Bhd berkeluasan 14,000 kaki persegi itu menjalankan beberapa operasi perniagaan. Selain Absolut Chocolat, syarikat ini turut turut memayungi dua lagi jenama lain iaitu Absolut Food Festival dan Absolut Talent & Management

Pernah Buka Di Pondok

Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan bukan mudah untuk berada di tahap sekarang.Malah dia turut mendedahkan pernah menumpang di sebuah pondok rehat sebagai permulaan perniagaan.

“Saya mengemudi perniagaan ini bersama isteri, Nadiyah Shahab. Kami berdua melalui suka duka, turun naik. Tapi semua itu jadi kenangan dan pengalaman berharga.

“Bayangkan di pondok rehat perumahan awam itu segala operasi dan urusan dilaksanakan. Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak beserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, namun rezeki tak pernah salah alamat

“Pendek kata macam macam lagilah segala kerja saya dan isteri buat. Malah kami pada awalan pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” katanya dalam sebuah kenyataan

Kongsi Ben lagi selepas dua tiga hari ‘menumpang’ pondok berkenaan, mereka kemudiannya berpindah ke khemah menjual air kelapa juga di cheras

“Selepas dua tiga minggu menumpang di khemah itu, kami menyewa pula suku lot berdekatan LRT Cheras.

“Dalam tahun 2018, memang kami kerap ‘berpindah randah’ dari satu tempat ke tempat lain. Kemudian kami bertukar ke Medan Connaught Cheras hujung tahun sama. Kami menyewa satu lot premis yang dibahagi dua bahagian

“Bahagian depan dijadikan pejabat, manakala belakang pula sebagai tempat pembungkusan kek dan penghantaran. Apabila perniagaan semakin berkembang kami menyewa pula satu lagi lot di bahagian bawah bangunan sama. Ketika itu lot atas dijadikan ruang pejabat dan bawah pula urusan kerja,” tambah Ben

Meskipun negara berhadapan penularan wabak COVID-19 sejak Mac lalu, dia bersyukur kerana perniagaan mereka yang berasaskan F&B (Food and Beverages) dan dalam talian masih ‘bernafas’.

“Kami hantar ke rumah dan masyarakat hanya menempah dalam talian untuk menikmati apa yang ditawarkan. Macam harga kek kami dengan pelbagai perisa juga kekal dengan harga mampu milik iaitu sekitar RM69 ke RM79.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu kami menambah lagi tiga lot kedai. Ia menjadikan kesemuanya kini lima lot di Medan Connaught. Kami akan meneruskan operasi di lot sedia ada buat sementara waktu. Kilang ketika ini hanya menempatkan bahagian pengurusan.

“Dengan izin Allah, kami juga dapat membeli van pertama pada tahun 2019. Baru baru ini kami membeli lori pula,” katanya lagi

Tanggal 22 Januari lalu jenama itu berpindah ke kilang yang kini tersergam indah sebelum menjengah usia tiga tahun jenama itu bertapak pada 18 Februari hadapan.

“Kami juga terbuka dan mencabar diri untuk bereksprimen dengan benda baru. Susah sebenarnya nak kekal relevan dan mengeluarkan produk unik dan lain daripada yang lain. Macam idea pertama kami membuat kek telur masin yang pertama di Malaysia juga awalnya menimbulkan reaksi negatif.

“Ada yang tak boleh menerimanya dan menganggap sebagai pelik kerana selalu telur masin dimakan dengan nasi. Tapi kita melawan arus dengan menghadirkan kek perisa berkenaan. Memang kena kecam teruk juga pada awalnya. Tapi sekarang orang sudah mula menerimanya dan wujud aliran sama di kalangan pesaing,” dedah Ben

Ben juga berharap tahun 2021 penuh mencabar ini akan terus memberi sinar kepada jenama perniagaannya.

Absolut brandsben ali
https://lomp.at/2zfa2
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore