Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Benarkah Celine Dion Akan Bercinta & Berkahwin Lagi? Ini Jawapannya!

Celine Dion disoal mengenai adakah dia akan memulakan hubungan yang baru tidak lama lagi.

by Naddy Joe
May 19, 2021
Share on Facebook

Sewaktu temubualnya di TODAY, Celine Dion disoal mengenai adakah dia akan memulakan hubungan yang baru tidak lama lagi, setelah kematian suaminya René Angélil akibat kanser tekak pada tahun 2016.

Tidak Memikirkan Hubungan & Jatuh Cinta Lagi

via Youtube

Pemenang Grammy sebanyak lima kali ini menjelaskan bahawa dia tidak memikirkan mengenai hubungan dan jatuh cinta lagi, dan kasih sayangnya kini hanya dicurahkan kepada diri, anak-anak, dan kehidupan itu sendiri.

“Saya tidak tahu. Kasih sayang ini sangat besar sekarang dalam hidup saya, dengan anak-anak saya, dengan kehidupan itu sendiri. Saya tidak memikirkan hubungan dan jatuh cinta lagi. Adakah saya harus mengatakan bahawa ia tidak akan pernah berlaku lagi? Saya tidak tahu.”-Celine Dion

René Adalah Sebahagian Dari Hidupnya

Via WireImage

Celine Dion turut menyatakan bahawa kehilangan suaminya, bapa kepada anak-anaknya telahmemberikan rasa sesuatu yang tak dapat diungkap dalam dirinya.

“Kehilangan suami saya, bapa kepada anak-anaknya, ianya sesuatu yang tak dapat diungkap. Saya merasakan seperti René telah banyak memberikan kepada saya selama ini dan sehingga hari ini. Saya melihat anak-anak saya, kami tinggal bersama, dan kami masih bersama dengannya. Dia adalah sebahagian daripada kehidupan kami setiap hari, jadi saya harus mengatakan bahawa saya merasa sangat, sangat kuat.”- Celine Dion

YouTube video

Belum Bersedia Untuk Berpacaran

Menerusi temubualnya bersama majalan PEOPLE, Celine Dion bahawa dia belum bersedia untuk berpacaran dan rasa bertuah kerana ramai orang sekelilingnya sentiasa membuatnya ketawa.

“Saya tidak berpacaran. Saya belum bersedia untuk berpacaran. Saya sangat bertuah kerana ramai orang sekeliling saya membuat saya ketawa, tetapi saya merindui untuk disentuh, Saya rindu untuk dipeluk, Saya rindu untuk diberitahu bahawa saya cantik. Saya merindui apa yang teman lelaki dan apa yang suami akan lakukan.”-Celine Dion

via Getty Image

Pasangan ini sudah berkahwin selama 22 tahun. Walaubagaimanapun, mereka saling mengenali lebih lama dari itu. Angélil menguruskan kariernya sejak tahun 1980 ketika Celine Dion berusia 12 tahun. Mereka kemudian berkahwin pada tahun 1994 dan kekal bersama sehingga kematiannya.

“Saya harus menguruskan hidup saya…Tetapi René akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya.”-Celine Dion

celine dion
https://lomp.at/zjlxd
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara