Tuesday, October 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Beranikan Diri, Syasya Hera Tampil Solo Dengan ‘RUN’

Taruhan terbaru Syasya ini adalah satu langkah berani kerana ia adalah batu loncatan terhadap pergerakan kerjayanya secara solo.

by Arsiqin Yusof
July 12, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Syasya Hera kini tampil dengan single terbaru berjudul ‘RUN’. Taruhan terbaru Syasya ini adalah satu langkah berani kerana ia adalah batu loncatan terhadap pergerakan kerjayanya secara solo. Sebelum ini, Syasya
bergerak dalam kumpulan acapella terkenal di Malaysia iaitu Bahiyya Haneesa.

Single Pertama Yang Istimewa

Menurut Syasya, 26, single tersebut berperanan sebagai medium untuk dia mengekspresikan perasaan dan menemui identiti diri.

“’RUN’ tentunya sangat istimewa kerana ia merupakan single pertama saya sebagai Syasya Hera. Ini juga kali pertama saya dapat mengekspresikan perasaan dan personaliti diri saya menerusi lagu. Sebelum ini saya agak
tercari-cari identiti diri, tapi dengan lagu ini, saya sudah bertemu dengan identiti itu.

“Lagu ini adalah tentang pengkhianatan. Ia seakan dialog atau mesej yang ingin disampaikan kepada seseorang yang telah mengkhianati kepercayaannya. Namun daripada memilih untuk sedih, dia sedar akan nilai dirinya dan membiarkan saja seseorang itu lari dari kesalahan,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by SYASYA HERA (@syasyahera_)

Cabaran

Bercakap tentang cabaran yang dialami ketika menghasilkan single tersebut, Syasya akui berhadapan masalah dari segi kekangan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.

“Satu-satunya cabaran yang dihadapi adalah kerana PKP ketika pandemik COVID-19. Sebenarnya lagu ini telah lama ditulis tetapi disebabkan kekangan pergerakan, ia mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan.

“Proses rakaman sahaja hanya tiga malam. Namun jika dicampur sekali dengan proses gubahan lagu hingga selesai penyuntingan, ia mengambil masa selama lapan bulan secara keseluruhan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Syasya akui gugup dan takut untuk memulakan kerjayanya secara solo menerusi ‘RUN’, namun keberadaan rakan-rakan industri seperti Mingaling, Amir Hassan dan Ezra Kairo di studio rakaman telah membuatkan dia lebih bersemangat.

“Momen istimewa bagi saya ketika merakam lagu ini adalah kerana adanya Mingaling, Amir Hassan, Ezra Kairo dan mereka yang berada di studio ketika itu. Sejujurnya saya amat gugup dan takut untuk memulakan perjalanan saya sebagai seorang artis solo, Syasya Hera dan bukan sebagai Syasya ahli Bahiyya Haneesa.

“Saya masih baru dalam industri, banyak lagi perkara yang perlu saya belajar. Meskipun begitu, setiap daripada mereka yang berada di studio amat positif dan memberi semangat sepanjang rakaman. Masing-masing menyumbang idea, kemudian teruja dengan hasilnya. Momen sebegitulah sangat istimewa dan sukar untuk saya lupakan,” katanya.

Harap ‘RUN’ Diterima Baik

Justeru, Syasya berharap agar single ‘RUN’ diterima baik oleh orang ramai, sekaligus dapat dijadikan inspirasi kepada mereka semua.

“Harapan saya adalah semoga peminat dapat menerima lagu ini dengan baik dan menjadikannya sebagai sesuatu yang menyuntik semangat serta keyakinan diri.

“Semoga mereka dapat menghayati lagu ini dan ingat bahawa diri mereka amat berharga. Apapun, kita perlu bersedia untuk meninggalkan apa-apa yang menganggu kebahagiaan diri,” tambahnya.

Komposer dan produser lagu ‘RUN’ iatu Mingaling bukanlah satu nama asing dalam dunia pembikinan lagu. Mingaling juga merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Mass Music. Begitu juga dengan penulis liriknya, penyanyi Amir Hasan yang pernah tampil dalam pertandingan Big Stage 2020 sebelum ini.

‘RUN’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

'RUN'Syasya Hera
https://lomp.at/unz63
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

Terkejut Dengan Keputusan Ujian Sperma, Kim Jong-Kook Umum Berita Perkahwinan

by Zaidin Albert
August 18, 2025

Kalau sebut nama Kim Jong-Kook, terus terbayang badan sasa, suara merdu dan gelaran Sparta dalam Running Man. Lama peminat tunggu,...

Read more
Foto - 成龍 Jackie Chan Fan Club (FB)
Bollywood

Janji Nak Buka Restoran Bersama, Ramai Tak Tahu Bahawa SRK & Jackie Chan Kawan Baik!

Ramai yang tahu bahawa King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) bukan sahaja popular di India, malah luar negara. Reputasinya...

Read more
by Nurul A.
September 29, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Thalita Kongsi Momen Kemenangan Talk To My Manager, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Umum mengetahui, anak kepada pelawak dan usahawan Shuib iaitu Thalita berjaya mendapat tempat kedua di program realiti, Talk To My...

Read more
by Naddy Joe
October 13, 2025
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

[VIDEO] “Kau Cermin Lah Diri Kau Tu”- Shiha Zikir Diperlekeh Artis Lelaki ‘Mulut Puaka’?

"Kau balik rumah, kau berdiri depan cermin. Kau cermin lah diri kau tu." Tiada siapa yang mahu diherdik dan diperlekeh,...

Read more
by Soph Azz
July 30, 2025
Lokal

Watie Hanifiah Akui Bukan Ibu Tiri Sempurna, Tapi Kasih Sayang Buat Anak-Anak Shuib Terima Seperti Ibu Kandung

Menjadi ibu kepada empat cahaya mata secara ‘fast track’ bukan perkara mudah, namun itulah realiti yang dilalui oleh Watie Hanifiah...

Read more
by Puteri Alia
September 2, 2025
Lokal

Linda Rafar Tak Maafkan Individu Yang Hina Dirinya & Keluarga Isu Pakai Seksi Di Konsert ELITE

Penyanyi, Linda Rafar tampil bersuara selepas dirinya teruk dikritik netizen di media sosial selepas dikatakan berpakaian ketat ketika Konsert ELITE...

Read more
by Naddy Joe
September 23, 2025
Lokal

“Celah Mana Hang ni Seorang Selebriti?” – Video Sidang Media Asyraf Khalid Jadi Persoalan Buat Caprice

Sebelum ini usahawan Asyraf Khalid tampil menyuarakan rasa kecewa selepas diserang secara terbuka oleh seorang pempengaruh susulan penyiaran teaser podcast...

Read more
by Aphit J.
August 3, 2025
Lokal

Bella Astillah Simpan Gambar Pertama Jumpa Syed Saddiq

Pelakon Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan bahawa dia masih menyimpan gambar ketika pertama kali bertemu dengan...

Read more
by Puteri Alia
July 22, 2025
Lokal

Fattah Amin Kongsi Momen Fatima ‘Video Call” Dengan Nenda-“Dah Jangan Gaduh-Gaduh Ya..”

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian netizen di media sosial selepas berkongsi momen 'sweet' anak perempuannya, Nur Fatima Aisya. Menerusi video...

Read more
by Naddy Joe
August 12, 2025
Lokal

Noorkhiriah Diselubungi Bau Kapur Barus Ketika Memandu, Dakwa Hampir Dihalau Entiti Misteri

Cemas, panik dan menggigil lutut, itulah yang dilalui pelakon berbakat besar Noorkhiriah ketika memandu sendirian di sebuah lebuh raya di...

Read more
by Puteri Alia
July 15, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Fatima Dah Tak Sabar Nak Menari, Gelagat Comelnya Buat Ramai Cair!

  2. 2

    Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: “Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!”

  3. 3

    “Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

  4. 4

    [VIDEO] Ammar Ahyan & Keluarga Naik LRT Buatkan Netizen Teruja!

  5. 5

    Jebat Jayden “Bantai” Ayah Sendiri? Aksi Tinju Anak Sharnaaz Ahmad Curi Tumpuan Jojo!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem