Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Bergelar Anak Pengarah Popular, Fian Ali & Alif Ali Sedia Dikecam Netizen

by Khai Azfar
March 1, 2021
Share on Facebook

Membuat kemunculan semula bersama adiknya yang kini bergelar penyanyi, Fian Ali dan Alif Ali bersedia sekiranya suatu hari nanti terkena tempias kecaman daripada netizen.

Buat Yang Terbaik Elak Kontroversi

Menurut Fian atau nama sebenarnya Mohd Sufian Mohd Ali,25 selaku abang yang sulung, dia dan adik-beradik yang lain sedia maklum dengan dunia hiburan kini yang sentiasa menjadi tumpuan di media sosial apatah lagi sekiranya terpalit dengan kontroversi.

Tidak menolak akan membuat projek khas bersama ahli keluarganya yang mula dikenali peminat sebagai ‘The Ali’, dedah Fian yang juga abang kepada pelakon dan penyanyi Wanna Ali dia berharap agak kemunculan semula ini menjadi titik permulaan untuk mengembangkan lagi nama dalam bidang nyanyian.

“Selain saya, Wanna dan Alif kami mempunyai adik yang lain mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Insyallah mungkin suatu hari nanti kami akan buat projek khas bersama”

“Bila orang dah mula kenal kami sebagai adik-beradik, tidak mustahil sekiranya ada yang terpalit dengan kontroversi dan yang lain turut terkena tempiasnya. Tetapi saya sendiri tahu macam mana industri sekarang, Insyallah kami adik-beradik akan buat yang terbaik” kata Fian kepada Murai.my

YouTube video

Alif Lebih Pemalu 

Bagi adiknya pula, Alif yang baru berusia 16 tahun, dia akui bahawa dirinya merupakan seorang yang pemalu berbanding dengan abang dan kakaknya. Bagaimanapun, karakter itu bukanlah penghalang buat dirinya untuk memperkenalkan single pertama berjudul ‘My Boo’ sebagai pengenalan kepada para peminat.

“Memang saya agak pemalu untuk memulakan langkah dalam bidang ini. Tapi apabila melihatkan kedua-dua mereka (Fian dan Wanna) sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu. Maka, saya memberanikan diri merakamkan lagu My Boo” kongsi Alif

Akui Alif, mempunyai adik beradik serta ibu mereka, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh yang terlebih dahulu terbabit dalam industri hiburan, ia adalah jalan untuknya menggunakan peluang tersebut mencungkil bakat dengan lebih mendalam.

"3 Bulan Lagi Sehingga Bukan Lagi Hanya Awak & Saya, Tetapi Kita"- Wanna Ali

Malah ujar Alif, pengalamannya sejak dari kecil menemani ibunya di set penggambaran membuatkan dia bersedia untuk bergelar pelakon sekiranya diberi peluang.

“Ya ibu saya merupakan seorang penerbit terkenal tetapi kami (Alif dan Fian) tidak menganggap itu sebagai tumpang populariti. Saya anggap itu sebagai peluang untuk dikenali kerana bakat”

“Sejak dahulu lagi, saya sering menemani ibu ke set (penggambaran). Bila saya tengok mereka berlakon, saya pernah terdetik dalam hati yang saya pun boleh berlakon seperti itu. Kalau diberi peluang, Insyallah saya akan cuba” katanya lagi.

Fian dan Alif ditemui Murai.my secara maya ketika majlis pelancaran single terbaharu kedua-dua penyanyi ini pada petang Jumaat petang. Jika Alif tampil dengan single ‘My Boo’, Fian pula mempertaruhkan ‘Ala Shayang’ setelah kali terakhir muncul dengan lagu Semakin Benci Semakin Rindu beberapa tahun yang lalu. Kedua-dua lagu ini boleh distrim melalui semua platform digital.

YouTube video

Alif AliDatuk Ayu PutehFian AliThe AliWanna Ali
https://lomp.at/p7uxv
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara