Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Berhenti Menyanyi Dulu Kerana Mahu Mengenal Al-Quran, Waheeda Wasini Teruja Ustaz Akhil Tak Halang Untuk Menyanyi Kembali

by Puteri Alia
September 12, 2023
Share on Facebook

Terdapat perdebatan mengatakan wanita mengaji berlenggok itupun haram. Ada ulama berkata begitu. Apatah lagi menyanyi lagu-lagu yang memang niat lenggoknya digunakan untuk menggoda, untuk meningkatkan nafsu dan buat orang lelaki rasa tak tenteram.

Bagaimanapun, menurut sumber sahih bahawa tidak pernah ditemukan dalil yang menunjukkan bahwa suara wanita adalah aurat.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi Waheeda melahirkan rasa syukur apabila nama kembali menjadi bualan peminat selepas persembahannya menyanyikan lagu ikonik, Wassini pada Anugerah Juara Lagu (AJL) pada 2003 kembali tular.

Rata-rata peminat merinduinya dan mempersoalkan di manakah dan mengapa menghilangkan diri dari industri hiburan.

Waheeda atau nama sebenar, Norwahidah Abdul Wahab berkata, dia terharu atas ingatan peminat biarpun sekian lama menyepi.

“Alhamdulillah, saya terharu dan peminat sangat baik.

“Bila fikirkan mereka yang rindu, sayang walaupun kita tak saling mengenali, tetapi ada rasa begitu, ia adalah rezeki Allah.

“Saya bersyukur kerana ia buat saya terharu, tetapi selalu cakap siapa yang merindu dan menyayangi, anda sebenarnya memang disayangi,” katanya dalam program hiburan popular TV3, Melodi.

Disoal adakah tidak terbit rasa rindu untuk kembali ke industri hiburan, ini jawapan pemenang kategori Album Pop Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2008 itu.

“Kalau kata nak rindu industri itu, sebenarnya rindu pada kawan-kawan.

“Tak semestinya kalau tak aktif dan berdepan khalayak ramai, penghasilan muzik akan berhenti,” ujarnya.

Biarpun lebih 10 tahun menyepi, Waheeda menyangkal dakwaan suaminya yang juga pendakwah bebas dan penyanyi, Ustaz Akhil Hayy menghalangnya untuk berkarya, sebaliknya memberi dorongan.

“Kasihan suami, kena tuduh macam-macam. Mulanya saya nak berundur sekejap.

“Saya berhenti sebab nak kenal al-Quran semula, lebih kepada mencari ilmu.

“Ia tidak ada kena mengena sebab lain. Sebenarnya saya nak berhenti sebelum kahwin lagi, tetapi tak tahan dan kena berhenti.

“Suami tak pernah halang atau kongkong, lebih lagi, soal muzik sebab itu memang jiwa saya.

“Sehingga hari ini, saya membesar dengan muzik, jadi suami minta teruskan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Ustaz Akhil turut memberi respon dengan menegaskan tiada isu menghalang isterinya untuk berkarya.

"Walau Mereka Sudah Tak Bersama Lagi, Tapi Hati Sarah..."-Anak Akhil Hayy

“Sebagai suami, sudah tentu saya hanya mengawal. Memang Waheeda sudah berhijrah, menghentikan kegiatan seni walaupun bukan sepenuhnya atas dasar hukum.

“Alhamdulillah, tiada isu pun, kalau saya tiada dan dia ingin kembali, itu hak Waheeda.

“Tetapi, saya nampak Waheeda berhijrah kerana Allah.

“Apa-apa pun terletak atas niat. Sebagai suami, saya hanya mengawal keadaan supaya tidak disoal siasat dan dipertanggungjawab di Padang Mahsyar kelak,” ujar Ustaz Akhil.

Waheeda mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Akhil pada 2009 dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

akhil hayywaheeda wasini
https://lomp.at/uv6ah
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Foto - @drchehafiz (IG)
Lokal

“Raya Akan Berbeza Sedikit”- Cetus Tanda Tanya, Julia Farhana & Suami Saling ‘Unfollow’ IG?

by Nurul A.
March 24, 2026

Tiada angin tiada ribu, secara tiba-tiba nama pelakon Julia Farhana Marin dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz menjadi bualan. Semuanya...

Read moreDetails
Lokal

Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim, Netizen Sebak!-“Semua Fokus Hal Kakak Sampai Lupa…”

by Naddy Joe
April 2, 2026

Di sebalik ramai yang memberi tumpuan terhadap puteri sulung pasangan selebriti Abby Abadi dan bekas suaminya, Norman Hakim iaitu Marissa...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara