• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Berita Baik Untuk Orang Kedah! Pemasangan Percuma Dekoder Siaran TV Analog Ke Digital

by Phic ARMAN
November 3, 2019
Share on Facebook

Seperti mana yang kita ketahui, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan siaran berdefinisi tinggi (HD), imej dan audio berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan pelbagai kandungan secara percuma. Kawasan Tengah dan Selatan Malaysia baru sahaja beralih dari TV analog ke digital pada 30 September 2019, diikuti dengan kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober lepas.

Di Kedah sahaja, sejumlah 178,700 dekoder diedarkan secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di negeri tersebut.

Namun, sehingga ke hari ini ramai yang masih tidak faham apa signifikannya sistem baru ini kepada orang ramai terutamanya kepada warga emas serta penduduk yang menetap di luar bandar yang sama sekali terkesan dengan perubahan ini.

Baru-baru ini, Jabatan Penerangan Kedah telah menubuhkan sukarelawan khas pemasangan dekoder siaran TV digital secara percuma kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), yang tidak mengetahui cara memasang alat itu di rumah masing-masing.

Menurut laporan dari Bernama, Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat jabatan itu, Normah Ramli berkata pada masa ini sukarelawan itu terdiri daripada lima petugas teknikal jabatan berkenaan.

“Pasukan petugas sukarelawan Jabatan Penerangan Kedah untuk kerja-kerja kesukarelawanan sudah lama, tetapi sukarelawan khas untuk memasang dekoder ini hasil inspirasi daripada petugas ini yang bermula di kampung mereka, apabila ada penduduk kampung meminta tolong daripada mereka pasangkan dekoder itu,” katanya.

Menurut Normah, langkah ini sebagai usaha bagi membantu golongan tidak berkemampuan termasuk ibu tunggal dan warga emas, yang tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan bagi perkhidmatan pemasangan dekoder itu.

Beliau berkata sukarelawan itu juga akan membantu membuat tetapan saluran siaran TV digital selepas dekoder dipasang sekali gus memudahkan golongan itu menonton televisyen.

Tambahnya lagi, penduduk di sekitar kedah mereka boleh menghubungi atau datang sendiri ke Pejabat Penerangan Daerah masing-masing, untuk meminta bantuan sukarelawan ini untuk mendapatkan bantuan pemasangan.

Menerusi myFreeview, penonton dapat menikmati 15 saluran TV dan enam saluran radio termasuk lima saluran dalam HD (TV1, TV2, RTM Sports HD, RTM News/Bes HD, TV3, TV Al-Hijrah, Bernama News Channel (BNC) dan lebih banyak lagi saluran baru akan datang.

https://lomp.at/0sb71
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Best Buy International Meningkatkan Import Dengan Penyelesaian Pembiayaan B2B Moby Money

by Phic ARMAN
December 26, 2025

Kalau cerita pasal bisnes & pembiayaan, Moby Money Sdn. Bhd. memang nama yang tak boleh dipandang remeh. Syarikat fintech Malaysia...

Read moreDetails
Teknologi

Perang “Add To Cart” Kembali! Semak 5 Hal Penting Yang Perlu Anda Tahu Sempena Lazada 11.11

by Phic ARMAN
November 7, 2025

Bila masuk bulan November, memang tak sah kalau tak sebut tentang Lazada 11.11. Pesta membeli-belah terbesar tahun ini! Tapi sebelum...

Read moreDetails
Teknologi

[REVIEW] HONOR X9d 5G: Bila Phone RM1.5k Nampak Macam RM4k

by Phic ARMAN
October 2, 2025

MURAI kalau test phone baru, bukan jenis main-main. Bukan setakat tengok spec atas kertas, tapi betul-betul guna dalam hidup harian....

Read moreDetails
Berita

Nexpert Academy Buka Peluang Biasiswa AI Untuk Bakat Bumiputera

by Phic ARMAN
November 23, 2025

Nexpert Academy kini membuka peluang besar untuk anak muda Bumiputera yang nak ceburi bidang teknologi. Melalui kerjasama dengan Yayasan Peneraju,...

Read moreDetails
LifeXplore

Aurzen ZIP: Projektor Poket Untuk Mereka Yang Selalu “On-The-Go” & Kaki Camping

by Phic ARMAN
November 28, 2025

Kalau anda jenis yang bekerja ke sana sini, satu hari tiga meeting di lokasi berbeza… atau anda pula kategori kaki...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore