• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Berjanji Akan Berusaha Apa Sahaja, Farid Kamil Akui Masih Sayangkan Diana Danielle Biarpun Dituntut Cerai

by Puteri Alia
October 30, 2024
Share on Facebook

Pelakon Farid Kamil baru-baru ini mengungkapkan perasaan mendalamnya terhadap isterinya, Diana Danielle, meskipun aktres itu telah membuat keputusan nekad untuk bercerai buat kali kedua.

Menerusi hantaran video di Instagram, Farid menyatakan betapa sayangnya beliau kepada Diana dan anak-anak mereka, serta berjanji untuk berusaha sedaya upaya bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran ini dan seperti semua orang maklum, saya sayangkan isteri. Saya sayangkan anak-anak saya. Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan kembali keadaan,” ujar Farid dengan nada suara yang tenang dan penuh emosi.

Dalam video tersebut, beliau juga memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Keputusan Diana untuk bercerai mengejutkan ramai pihak, terutamanya peminat yang telah menyaksikan perjalanan cinta mereka. Dalam hantaran Instagramnya, Diana tidak mendedahkan punca di sebalik keputusan tersebut, menjadikan situasi ini lebih misteri dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kisah cinta Farid dan Diana bukanlah baru. Mereka pernah melalui detik-detik sukar sebelum ini, termasuk perceraian yang berlaku pada 10 Ogos 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Namun, setelah sebulan, mereka kembali rujuk dan berusaha membina semula hubungan yang telah lama terjalin sejak perkahwinan mereka pada 3 November 2012.

Dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad yang kini berusia 10 tahun dan Nur Aurora berusia 8 tahun, Farid dan Diana jelas mempunyai alasan kuat untuk terus berjuang demi kebahagiaan keluarga mereka.

Farid Kamil Akui Sukar Cari Pengganti Diana Danielle, 6 Bulan Jadi Duda Buka Kedai Motor Elektrik
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/tc2pp
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”, Mahu Aaisyah Belajar Di Rumah Sahaja

by Puteri Alia
October 17, 2025

Bimbang dengan peningkatan kes jenayah yang semakin membimbangkan di sekolah, pelakon terkenal Rozita Che Wan mengambil pendekatan tegas apabila mempertimbangkan...

Read more
Foto - @film.window (IG)
Bollywood

Kenapa Kareena Kapoor ‘Anti’ Dengan Salman Khan? – “Saya Tak Suka, Dia Pelakon Yang…”

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor tiba-tiba mencetuskan kekecohan dalam dunia hiburan Bollywood apabila dia tanpa berselindung mengkritik aktor Salman Khan di...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bernilai RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Berita

Nora Ariffin Puji Tindakan Pantas Rossa Terhadap Isu Royalti Lagu ‘Sinaran’-“Hak Cipta Adalah Amanah..”

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin memuji sikap penyanyi Datuk Rossa yang pantas bertindak terhadap isu royalti lagu Sinaran selepas Rossa menyanyikan...

Read more
by Naddy Joe
November 28, 2025
via Instagram @dianadanielleb
Lokal

Diana Danielle Bawa Anak-Anak Bercuti Di Maldives, Ada Yang Komen Macam 3 Beradik

Pelakon dan selebriti popular, Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi...

Read more
by Farah Fatihah
December 25, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore