Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Berjaya Ke ‘Final’! Masya Masyitah Bersaing Dengan Wakil Filipina

by Khai Azfar
October 22, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah beberapa bulan bertarung secara atas talian, pertandingan mencungkil bakat Yippi Star Quest 2020 bakal sampai ke penghujungnya.

Masya Menentang Peserta Dari Filipina 

Mewakili Malaysia, penyanyi muda dan berbakat besar yang berjaya menawan industri muzik Cina tempatan dan baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul ‘Hapus’, Masya Masyitah, telah berjaya menewaskan peserta atas talian yang lain dan bakal mewakili negara dalam peringkat akhir menentang peserta dari Filipina, Phem, yang akan berlangsung secara atas talian pada 25 Oktober 2020 pada jam 8:30 malam menerusi portal aplikasi Yippi.

Tambat Hati Peminat

Walaupun Masya merupakan peserta berbangsa Melayu, penyanyi ini yang mahir dalam berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi. Pada malam separuh akhir, Masya telah menambat hati penonton atas talian dengan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia yang mana telah dipinta sendiri oleh penonton.

Selain itu, Masya juga berjaya menarik minat dan mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian dengan mempamerkan bakatnya, sekaligus menunjukkan kemampuan Masya bercakap dalam bahasa Mandarin sewaktu pertandingan tersebut sedang berlangsung. Perwatakannya menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara telah sepakat mengundi penyanyi ini sehingga ke penghujungnya kerana percaya dengan bakatnya.

Dipilih Antara 3,000 Peserta 

YouTube video

Sebagai info,Masya telah dipilih sebagai juara di antara 3,000 peserta lain untuk mewakili Malaysia. Menariknya lagi oleh kerana sambutan yang luar biasa daripada pengguna aplikasi Yippi, pertandingan akhirYippi Star Quest 2020 akan dilanjutkan dari 1 jam ke 1 jam 30 minit dan keputusan akhir akan dikira dari jam 8 sehingga 10:30 malam dengan pertarungan sengit di antara kedua-dua finalis.

“Banyak yang telah saya pelajari dan pelbagai pengalaman yang saya peroleh sepanjang
berlangsungnya pertandingan ini terutamanya bagaimana hendak membuat penonton online terus berminat dengan persembahan saya. Tiada platform lain sehebat Yippi, saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik dan saya harap peminat saya di luar sana dapat menonton secara online dan terus memberikan sokongan yang padu,” jelas Masya.

Masya yang kini sedang giat berlatih bakal menunjukkan kekuatannya sebagai seorang penghibur dan pengaruh sosial media akan menampilkan Jeryl Lee dan Ribbon Ooi sebagai sokongan padu ketika pertandingan tersebut.

masya masyitahYippi Star Quest 2020
https://lomp.at/gw7ew
Share11Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara