Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Melly Goeslaw Berjaya Kutip Derma Lebih RM100 Ribu Buat Rakyat Palestin

by Puteri Alia
October 25, 2023
Share on Facebook

Sedekah merupakan pemberian yang ikhlas sebagai bukti ketaatan kepada Allah S.W.T. Sedekah sememangnya tidak dapat dipaksa melainkankan lahir dari hati untuk memberi berdasarkan kemampuan seseorang itu.

Erti sedekah dalam Islam itu sangat luas sekali. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk kebendaan, tetapi boleh dilakukan dengan pertolongan, mengajarkan ilmu, senyuman, memberi nafkah, berzikir dan sebagainya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Kamu menyingkirkan batu, duri dan tulang dari tengah jalan itu adalah sedekah bagimu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”

Menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T adalah pendekatan al-Quran bagi memanfaatkan harta dan mendidik hati orang Mukmin.

Sebagai contoh, meskipun sudah menyalurkan lebih RM20,000 kepada sebuah tabung Palestin hasil jualan barangan peribadi, kebaikan penyanyi dan komposer tersohor seberang, Melly Goeslaw tidak berhenti di situ.

Kali ini, pelantun lagu Ada Apa Dengan Cinta itu turut meraih sokongan peminatnya sehingga meraih jumlah pungutan derma melebihi RM100,000.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagram dengan menyatakan rasa terharu kerana usaha kecilnya mahu meringankan beban rakyat Palestin yang berdepan kekejaman Zionis menjentik hati orang lain.

Melly turut meminta masyarakat supaya terus mendoakan serta tidak berhenti menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang berjuang di bumi Gaza.

Pada masa sama, dia menyeru kepada 16.5 juta pengikutnya untuk sama-sama menderma serendah 10,000 rupiah (RM3)untuk tabung bantuan Palestin di negara tersebut.

[VIDEO] Gelagat Aina Abdul Kena 'Attack' Dengan Bola Gergasi Di Konsert Melly Goeslaw, Netizen Terhibur!
Melly Goeslaw
https://lomp.at/yqe0z
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Lokal

Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Seth Uwais Sempena Hari Autisme Sedunia, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Kesal Marissa Dicaci Isu Lafaz Cerai Luar Mahkamah, Turut Tegur Sikap Aslam-“Buat Main Anak Orang…”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi respon terhadap komen-komen netizen berhubung susulan isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania bersama pempengaruh...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara