Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Berlakon Sejak Di Bangku Sekolah, Sweet Qismina Pernah Mental Breakdown Tapi..

Aktres berbakat ini akui bukan mudah untuk menjadi pelakon sambil bersekolah sewaktu kecil dahulu

by Puteri Alia
November 5, 2021
Foto - Instagram @sweetqismina

Foto - Instagram @sweetqismina

Share on Facebook

Pelakon berbakat dan serba boleh, Sweet Qismina baru-baru ini menjawab soalan yang diajukan oleh peminatnya berkaitan karier seni di Insta Stories.

Seperti sedia maklum Sweet sudah lama berkecimpung dalam industri seni, dari pelakon cilik dalam ‘Udin dan Noni’ sehinggalah menjadi aktres yang dikenali ramai dengan membintangi pelbagai drama dan filem popular tanah air.

Akui Sukar Berlakon Sambil Bersekolah

Mengetahui Sweet sudah lama dalam industri seni, salah seorang peminat kepada pelakon ayu ini bertanya sama ada aktres ini pernah merasa susah berlakon sambil bersekolah sewaktu kecil dahulu.

“Tak susah ke berlakon sambil sekolah? Ketika Sweet masih kecil dulu.” Soal peminat

Foto – Instagram @sweetqismina

Melihat soalan yang diajukan, aktres ini menjawab ianya bukan mudah dan Sweet sendiri akui alami mental ‘breakdown’ kerana diri tidak kuat tapi walaupun begitu, Sweet mengatakan apa yang dilakukannya sangat berbaloi dengan apa yang dirinya dapat.

“Jujur sangat susah. Tak kuat boleh sampai mental ‘breakdown’. Nak terang panjang-panjang susah. Mungkin ada rezeki dalam satu ‘talk’ saya kongsi benda ni.

Tapi dalam satu hal yang lain, saya sangat dirahmati dengan jalan yang saya pilih. ‘Worth every penny!'” Luah Sweet

Tanya Mak Demi Nak Fahamkan Watak Wanita Mengandung

Selain itu, seorang lagi peminat Sweet bertanya adakah sukar membawa watak sebagai wanita hamil di Insta Stories nya.

“Susah tak nak bawa watak lakonan wanita mengandung” Soal peminat

Foto – Instagram @sweetqismina

Menurut Sweet, agak sukar untuk membawa watak wanita hamil sambil memakai prop ‘baby bump’. Walaupun begitu, aktres ini mendalami ilmu watak wanita hamil dengan banyakkan bertanya kepada ibunya sendiri agar lebih faham watak yang di bawa.

“Mengejutkan, agak susah bila kena pakai prop ‘baby bump’ itu. Sebab rasa nak gerak tu, sama macam orang mengandung dan secara tidak langsung buat saya rasa macam mengandung betul.

Tapi sudah tentu, ilmu pengetahuan tentang watak wanita mengandung tu, saya banyak tanya mak saya untuk fahamkan dan betulkan mana yang kurang masa rakam” Kongsinya

Hebatlah Sweet, boleh jadi pelakon contoh!

Sweet Qistina
https://lomp.at/ijvxn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara