Saturday, August 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bersyukur Harungi Tempoh Berpantang Dengan Sempurna, Wany Akhirnya Kongsi Wajah Anak Lepas 3 Bulan

by Puteri Alia
September 26, 2023
446
KONGSIAN
Share on Facebook

Bermula daripada isteri dan kini bergelar ibu. Siapa sangka kehidupan seorang wanita berubah apabila kaki melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.

Itulah nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa kepada penyanyi popular Wany Hasrita yang mengakui benar-benar bersyukur dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman, 2 bulan.

Lahir pada 9 Julai lalu, kehadiran Aishah nyata membuatkan pelantun lagu Menahan Rindu itu memberi sepenuh perhatian pada puterinya, sekali gus menonjolkan lagi sisi keibuan buat wanita berusia 30 tahun ini.

“Alhamdulillah, perasaan ini penuh dengan rasa bersyukur.

“Sudah tentu saya lalui cabaran tersendiri, dengan kehadiran Aishah, suasana kehidupan saya sangat lain dan berbeza. Dari segi pembawakan diri dan proses sesuaikan diri dengan rutin baru sangat mencabar.

“Sebelum ini, siapkan diri sendiri dan suami sahaja, sekarang ada anak kecil. Antara cabaran yang saya lalui adalah perangai bayi ini sentiasa berubah-ubah, orang cakap berubah bulan, jadi kena belajar perangai yang sentiasa berubah,” katanya ketika dihubungi.

Berkongsi lanjut, kata Wany atau nama lengkapnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, agak sukar bagi dirinya untuk menjelaskan cabaran yang dilalui, namun bersyukur merasai tempoh berpantang dengan baik sekali.

“Alhamdulillah, proses berpantang saya sangat ‘smooth’. Lebih bagus, ada ‘confinement lady’ yang menjaga ketika tempoh tersebut. Malah, saya juga ada ambil kelas sebagai rujukan, saya ambil sesi ‘one to one’ kelas penyusuan badan,” kongsinya lagi.

Selepas tempoh berpantang, penyanyi tinggi lampai itu kembali ke dunia kerjaya selepas sekian lama merehatkan diri.

Biarpun kembali bekerja selepas semakin pulih dan bertenaga, Wany akui jadual kerjanya berkecamuk pada mulanya, namun mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Habis sahaja pantang saya terus bekerja.

“Mulanya agak berterabur sedikit jadual saya, lebih lagi selepas sudah habis berpantang, bila ‘confinement lady’ sudah pulang, jadi kitalah yang uruskan semua,” ujarnya.

Bagaimanapun, kelebihan dengan hadirnya insan bernama Aishah ini, kata Wany, dia mampu menguruskan masa dengan lebih baik.

“Dengan kehadiran Aishah, saya juga belajar curi waktu untuk selesaikan semua perkara dengan baik. Mujur juga ada ibu yang tolong jaga Aishah.

“Kalau soal kerja, saya tidaklah terlalu memilih, tetapi sedikit sebanyak mungkin agak mempengaruhi,” katanya ketika disoal adakah akan selektif dengan sebarang tawaran show selepas ini.

Sementara itu, jika menjengah ke profil Wany, dia turut membuka akaun Instagram (IG) kepada puteri kecilnya itu. Ia sekali gus membuatkan peminat tidak sabar untuk menatap wajah comel Aishah kelak.

Wany Hasrita Akui Rindu Tak Pernah Habis, Doa Tinggal Sebumbung Dengan Suami Jadi Harapan

Malah, ramai yang turut bertanyakan bilakah penyanyi ini akan mendedahkan wajah Aishah. Ini jawapan Wany.

“Mungkin lepas tiga bulan,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kariernya yang terkini, Wany teruja apabila bakal mengeluarkan single istimewa buat cahaya matanya itu.

“Insya-Allah, lagu baharu akan menyusul berjudul Cinta Hatiku. Lagu ini khas buat Aishah,” kongsinya teruja.

Wany Hasrita sah menjadi milik lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib yang berasal dari Kuching, Sarawak pada 22 Julai 2022 selepas menjalin cinta sejak 2019.

wany hasrita
https://lomp.at/d2ncp
Share178Tweet112SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem