Monday, September 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Ini Bukan Benchmark”- Dedikasi Beto Kusyairy Lakukan Aksi ‘Stunt’ Dalam Halimunan Buat Ramai Kagum!

Pelakon berbakat besar ini dedahkan perlu ada ilmu dan teknik untuk lakukan aksi sebegitu

by Puteri Alia
November 22, 2021
Foto - Instagram @beto_kusyairy

Foto - Instagram @beto_kusyairy

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktor berbakat besar dan sering menampilkan karya lakonan yang bermutu dan terkesan di jiwa membuatkan pelakon veteran, Beto Kusyairy merupakan antara pelakon yang disanjungi orang ramai di Malaysia.

Dalam projek lakonan terbarunya yang bertajuk ‘Halimunan’ terbitan Azura Pictures, memperlihatkan dedikasi aktor ini dalam dunia lakonan dengan melakukan stunt yang cukup mengejutkan.

Bukan Benchmark Sebagai Pelakon

Perkongsian foto dirinya dalam keadaan nyalaan api marak dalam satu babak bagi filem Halimunan di Instagram, mengejutkan orang ramai.

Menurut Beto, pihak penerbit telah mengupah pasukan stunt profesional dan terdapat stunt double untuk menjadi dirinya namun aktor ini memilih untuk melakukan babak tersebut sendiri.

Dalam hantarannya di Instagram, Beto menegaskan apa yang dilakukannya ini bukanlah kayu ukur untuk menjadi seorang pelakon yang baik atau untuk diangkat sebagai seorang pelakon sebenar.

Foto – Instagram @beto_kusyairy

“Bila aku happy kat set aku bernyala.. Perhatian. Jangan cuba meniru aksi ini tanpa pengawasan pakar.

Penerbit dah hire mereka yang arif dalam hal ni.. Profesional stunt team yang dah established. Dah disediakan juga stuntdouble untuk jadi ‘aku’. Tapi aku yang request nak buat sendiri. Kenapa? Ah adalah sebabnya.

Ini BUKAN bermakna yang seorang pelakon memang kena buat scene-scene yang berisiko tinggi sebegini ‘sendiri’ untuk diangkat menjad pelakon yang baik atau kononnya real actor.

Aku ulang…. INI BUKAN BENCHMARK & TAK PERLU PUN.” Dedahnya

Perlu Ada Ilmu Dan Teknik

Menurut Beto untuk melakukan aksi berisiko, ia memerlukan ilmu dan teknik untuk fahami bagaimana hendak melakukan stunt sebegitu dan ia perlu dilakukan di bawah pengawasan dan seliaan ketat pakar dalam bidang aksi lagak ngeri ini.

Foto – Instagram @beto_kusyairy

“Tapi aku tak request buta kosong gitu ajelah. Nak kena ada ilmu & fahami teknik untuk stunt gini, nak kena ada pengawasan & seliaan ketat oleh mereka yang benar-benar pakar dalam bidang ni.

Nak kena lulus ujian/test dari pakar-pakar ni dulu sebelum dapat green light. Nak kena ada keyakinan pada kemampuan diri dulu (Bukan berani bodoh).

Selainnya adalah doa, fokus & ketenangan… InsyaAllah.

Jadi kepada yang sentiasa mendoakan kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan & keselamatan aku.. Syukur alhamdulillah & terima kasih.

Terima kasih @hafizdrazib & ayahandanya serta geng MRS Stunt Team lain atas ilmu & seliaan yang baik.

Nantikan #Halimunan

Terbitan @azurapictures

Arahan @muzzamer” Dedahnya lagi

Rakan Industri Dan Peminat Kagum Dengan Dedikasi Beto

Melihat aksi stunt yang dilakukan Beto dalam filem Halimun, membuatkan rakan industri dan peminat meluahkan rasa kagum terhadap aktor ini.

“Segalanya dirancang rapi bukan main terjah. Bangga dengan kamu anakku @beto_kusyairy” @fauziahnawi

“Satu je nak cakap #sebabtuakuletakdiadiatas tak yah kerap nau belanja sahabat. Jaga badan.” @azhan_rani

“HORMAT GILA BETO.” @tiz.zaqyah

“Biasaaaa dia.” @dianadanielleb

“Gempak !!! Terbaik bro.” @hairulazreen

Foto – Instagram @beto_kusyairy

“Saya hormat abang saya.” @pekin7words

“Fuhhhhh..” @nad.zainal

“Tahap lain. Hormat.” @si_rhys

“Powerrr.” @rashidi_ishak

“Aku terkena percikan bara Gudang Garam pun dah menjerit. Ini dah level Dhalsim Street Fighter Yoga Fireeee.” @zahiriladzim

Foto – Instagram @beto_kusyairy

“Gaya mutu @beto_kusyairy”

“Anda terbaik abangku @beto_kusyairy”

“Moga baik-baik sahaja semuanya.. Terus sukses ye #respect”

“Terbaik bro @beto_kusyairy . Semoga terus gemilang”

“Salut dengan keberanian anda. Hormat!” Komen peminat

Melihat dedikasi pelakon veteran ini dalam filem Halimun, buatkan orang ramai teruja untuk menanti tayangannya akan datang!

Beto KusyairyHalimunanStunt
https://lomp.at/dhc2e
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Afwa Nyanyi Lagu Matcha Atau Kopi Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem