Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Betty Banafe & Penggiat Seni Turun Padang Serah Memorandum #JusticeForBella

by Puteri Alia
June 2, 2022
via Instagram Betty Banafe

via Instagram Betty Banafe

Share on Facebook

Pelakon Betty Banafe menerusi di laman Instagram semalam berkongsi tentang usaha penggiat seni tempatan dalam menyuarakan isu keadilan buat adik Bella, remaja istimewa sindrom down (OKU) yang didera di pusat penjagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Rumah Bonda.

Gesa Segerakan Perbicaraan

Betty bersama-sama penggiat seni tanah air telah menyerahkan memorandum kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi menggesa agar perbicaraan kes penderaan adik Bella disegerakan.

Di dalam memorandum yang diserahkan kepada pasangan diraja Johor ini, Betty mendedahkan terdapat beberapa perkara gesaan penting yang perlu diberi perhatian bagi menuntut keadilan buat anak istimewa itu menerusi muat naiknya di Instagram.

“#JUSTICEFORBELLA . Kami mewakili artis-artis tanah air yang prihatin terhadap kes adik Bella menggesa agar pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap gesaan berikut:

1.Kita menggesa pihak Mahkamah *segerakan* perbicaraan kerana kes ini public interest. Dan gap perbicaraan terlalu lama

2.Kita gesa pihak polis mengemukakan hasil siasatan ke atas laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh tidak kurang 5-8 orang *bekas penghuni Rumah Bonda*

3.Kita gesa pihak polis untuk *menyiasat semula* laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh bekas-bekas penghuni tersebut bagi memberi keadilan kepada mereka yang amat terkesan mental dan fizikal

4.Kita menggesa agar SOP penyerahan remaja hamil dan bayi-bayi kepada Pengasas Rumah Bonda disiasat kerana kita berasa hairan bagaimana JKM begitu mudah menutup mata.

Malah memberi remaja dan bayi-bayi untuk diserahkan kepada Rumah Bonda yang tidak berdaftar pun dengan JKM. Rumah Bonda hanya dikenakan denda sahaja kerana beroperasi tanpa lesen.

5.Kita tekan kan ketelusan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan*

#JKM dalam melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di pusat perlindungan

#JKSP di hospital yang handle kes-kes di hospital. Adakah mereka telus jalankan tanggungjawab sosial pada kes-kes di hospital

#ROS yang sepatutnya memantau aktiviti pertubuhan dan NGO” dedahnya

via Instagram Betty Banafe

“Terasa Macam Call Time Shooting”

Dalam muat naik Betty yang lain pula, pelakon ini mendedahkan bahawa bagi menghadiri penyerahan memorandum untuk adik Bella ini, pengalaman tersebut menumpama call time shooting kerana perlu bangun awal pagi dan memastikan rakan selebriti hadir mengikut waktu yang ditetapkan.

“#JUSTICEFORBELLA . Seawal jam 5.30 pagi deringan telefon di buat bagi memastikan rakan suara artis sampai di lokasi tepat 7.30 pagi pada 30 Mei 2022. Terasa macam call time shooting…” coretnya

Hargai Usaha Rakan Artis

Berada di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur di jalan duta bersama barisan penggiat seni tempatan, Betty mengatakan dia sangat menghargai pengorbanan rakan-rakan artis yang turun padang bagi turut serta menyerahkan memorandum tersebut.

“Kami hargai masa rakan-rakan artis yang bersusah payah berada di perkarangan mahkamah jalan duta seawal 7 pagi, menunggu masa untuk menyerahkan memorandum dengan menahan lapar dan dahaga hingga penyerahan selesai serta mahkamah mula bersidang lagi.

Bagi yang tak sampai, terlajak tidur mahupun stuck di trafik.. Bet sangat menghargai usaha murni anda.. Yang penting semangat tu.. Insyaallah kita bersama lagi.” tulisnya

via Instagram Betty Banafe

Semoga memorandum yang diserahkan kepada TMJ ini dapat diberi perhatian dalam menegakkan keadilan buat adik Bella. #JusticeForBella

Mahkamah Kekal 12 Tahun Penjara, Hakim Mahu Gambar Kecederaan Bella Dipaparkan Dalam Perbicaraan Siti Bainun
betty banafeJustice For BellaRumah Bondasiti bainun
https://lomp.at/f06u4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Berita

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-“Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi…”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Chef selebriti, Datuk Chef Wan tampil memberikan penjelasan selepas tular video di media sosial yang memaparkan tindakannya mencuit pendakwah selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

Pevita Pearce Solat Raya Di Masjid Besar Bernilai RM30 Juta Milik Bapa Mentua Di Penang

by Zaidin Albert
March 27, 2026

Kalau tengah scroll Instagram, mesti tak terlepas tengok Pevita Pearce yang tengah menikmati momenhari raya bersama suami tercinta, Mirzan Meer,...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara