• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Betty Rahmad Masak Satu Jenis Lauk Sahaja Untuk Suami?

by Ayden Mikhael
June 3, 2018
Share on Facebook

Ramadhan kali ini cukup bermakna dan memberikan kegembiraan yang berbeza buat pelakon terkenal, Betty Rahmad. Ia merupakan kali pertama menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri. Setelah lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pilihan hatinya iaitu Adry Damis, Betty berkongsi sikap sebenar suami yang tidak diketahui ketika mereka bercinta.

“Puasa dan raya tahun ini ada sedikit kelainan kerana ia tahun pertama saya sebagai isteri. Jadi saya kena pandai membahagikan masa antara kerja dan jaga makan minum suami.

“Setakat ini saya sangat bersyukur kerana suami saya tidak cerewet terutamanya dalam soal makanan. Saya bertuah kerana dia makan satu lauk sahaja dalam satu masa.

“Dia tidak reti makan banyak lauk dan ia memudahkan saya,” katanya Kepada Astro Gempak.

Ujar Betty, bukan sahaja tidak cerewet malah dia berasa beruntung kerana suaminya juga seorang yang ringan tulang membantunya di dapur.

“Sebelum berkahwin, dia tidak pernah mencuci pinggannya setiap kali makan di rumah keluarga saya.  Sekarang, dia tidak kisah untuk membantu saya melakukan kerja rumah terutamanya di dapur. Baginya, apabila saya penat memasak, dia perlu membantu apa yang patut,” jelas Betty.

Ditanya mengenai zuriat, Betty memberitahu mengakui dirinya tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat dan segalanya bergantung pada rezeki.

“Kami terima dengan hati gembira jika diberikan rezeki dalam masa terdekat ini. Saya dan suami tiada perancangan mengenai soal anak.

“Kalau boleh memang kami nak anak cepat. Saya suka kanak-kanak memandangkan saya sudah biasa menjaga anak-anak saudara saya,” ujar Betty.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Betty dan Ardy yang juga ahli perniagaan, telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu selepas empat tahun berkenalan. murai.my mendoakan Betty serta Ardy cepat-cepat menimang cahaya mata, in shaa Allah. Aamiin!

Sumber : Astro Gempak

Betty Rahmad Dedah Rahsia Hati Tenang - "Iman Pun Perlu Servis Macam Tukar Minyak Hitam"
betty rahmad
https://lomp.at/hsey7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore