Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Bil Musa Suka ‘Keganasan’ Noki?

by Arsiqin Yusof
October 27, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Bil Musa memilih rapper yang semakin laris, Noki untuk ditampilkan bersama dalam single terbarunya berjudul Pantang.

Gaya Rap Yang Sesuai

Menurut Bil, dia menyukai gaya rap jejaka kelahiran Sabah itu yang disifatkan sebagai ‘ganas’ dan bersesuaian dengan lagu serta muzik videonya.

“Saya pilih Noki sebab gaya rap dia sangat sesuai untuk lagu ini, dia ada keganasan dalam cara dia rap. Ianya bukan sahaja sesuai untuk menyanyi lagu ini sahaja, malah untuk video muzik juga.

https://www.tiktok.com/@cikmoonmurai/video/7159387774280420609?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

“Dari segi fizikal ‘obviously’ sebab bicep dia besar, sesuai untuk babak lawan dan bawa ‘keganasan’ itu. Mungkin ia boleh jadi salah satu faktor pelaris untuk lagu Pantang ini, apapun, bukanlah sebab itu sahaja, tentunya Noki seorang rapper yang sangat berbakat,” katanya kepada Murai MY.

Bil berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single Pantang di pejabat urusan Warner Music, Petaling Jaya pada Rabu.

View this post on Instagram

A post shared by ARMANI ENTERTAINMENT (@armanientertainment)

Masuk Pasaran Muzik Arus Perdana

https://www.tiktok.com/@cikmoonmurai/video/7159390627787230466?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Bercakap tentang transisi kerjayanya yang mula memasuki pasaran muzik arus perdana, Bil tidak menafikan dia mahu menjana pendapatan yang lebih stabil dan bertahan lama dalam industri.

“Ya benar, pasaran muzik arus perdana lebih luas. Saya juga nak sambung kerjaya saya dalam bidang muzik tanpa sebarang sekatan hingga tak boleh sara diri dan sebagainya. Saya nak ada karier yang boleh dibawa lama bertahun-tahun.

“Untuk pasaran muzik urban saya sebelum ini, saya rasa macam tak boleh buat begitu, itulah sebabnya saya cuba masuk ke persada baru ini,” katanya lagi.

Lagu Pantang boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan dinikmati melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer mulai 21 Oktober 2022.

Video muzik rasmi pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Armani Entertainment (label yang menaungi Bil Musa).

Bil MusaNokiPantang
https://lomp.at/8nxo2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Beli Jam Mewah Buat Ammar Ahyan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
December 30, 2025

Perkongsian usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen membeli jam tangan mewah kepada putera...

Read moreDetails
Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Berita

Erma Fatima Bersuara Selepas Dituduh Terbit Filem Mengarut!

by Naddy Joe
January 16, 2026

Pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima tampil membidas DM (Direct Messages) salah seorang netizen yang menganggap hasil karyanya mengarut dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore