Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026
Share on Facebook

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi kolaborasi bertemakan A Memory Etched In Time. Dari pengalaman berbuka puasa hinggalah ke hadiah edisi terhad, semuanya dirancang untuk jadikan momen perayaan lebih bermakna.

MURAI lihat kerjasama ini bukan sekadar cantik pada nama, tetapi penuh rasa, cerita dan nilai tradisi yang dibawa dengan gaya moden.

Ini 5 hal menarik yang anda perlu tahu.

1. Kolaborasi fesyen & hospitaliti yang lain daripada biasa

Bermula 18 Februari hingga 20 Mac 2026, beberapa hotel di bawah rangkaian Marriott Bonvoy di seluruh Malaysia akan tampil dengan pengalaman khas Ramadan dan Raya. Tetamu bukan sahaja datang untuk makan atau menginap, tetapi turut dibawa menyelami sentuhan seni warisan melalui rekaan KHATAM.

Bagi MURAI, ini definisi sebenar menikmati perayaan dengan penuh gaya.

2. Samping Tampuk Kecepu jadi simbol eksklusif

Antara nadi utama kolaborasi ini ialah rekaan Samping Tampuk Kecepu yang dihasilkan khas. Motifnya sarat dengan simbolik Melayu, tentang permulaan, keseimbangan dan kesinambungan.

Ditambah dengan tenunan broked yang berkilau lembut, ia memang padanan sempurna buat Baju Melayu. Tradisional, tetapi tetap ada aura kontemporari. MURAI suka sentuhan yang nampak klasik tapi tidak lapuk ditelan masa.

3. Batik tanah liat hasil tangan artisan Kelantan

Satu lagi yang mencuri perhatian MURAI ialah Artisan Clay Batik. Setiap helaian dibuat sepenuhnya dengan tangan oleh pembatik dari Kelantan, menggunakan teknik tanah liat yang diwarisi turun-temurun.

Setiap garisan dan tekstur ada cerita. Bukan sekadar kain, tetapi manifestasi kesabaran, seni dan sejarah yang hidup merentasi generasi.

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

4. Kotak kuih & Sampul Raya edisi terhad

Ahli Marriott Bonvoy dan peminat setia KHATAM boleh mendapatkan kotak kuih Raya serta Sampul Raya rekaan artis tempatan, Osman Akbar. Rekaannya menangkap momen kebersamaan dan kehangatan Aidilfitri.

Menariknya, item ini dijual secara eksklusif di Putrajaya Marriott Hotel, Aloft Kuala Lumpur Sentral dan The Westin Kuala Lumpur.

Kalau lambat, mungkin melepas.Benda limited begini memang cepat jadi rebutan.

5. Banyak ganjaran untuk ahli setia

Menerusi kempen Breaking Fast in Style, ahli KHATAM Loyalist boleh menikmati diskaun sehingga 20% untuk bufet Ramadan di restoran hotel terpilih Marriott Bonvoy. Dalam masa sama, ahli Marriott Bonvoy pula terima potongan 10% untuk koleksi Raya KHATAM.

Win-win, sambil bergaya dan menjamu selera.

Menurut wakil Marriott Bonvoy, kolaborasi ini melihat hospitaliti sebagai jambatan budaya yang menyatukan manusia, kreativiti dan kisah tempatan. Manakala pihak KHATAM pula menegaskan setiap perincian direka bagi menyeimbangkan tradisi dengan kemewahan yang sederhana.

Bagi MURAI, inilah contoh bagaimana jenama boleh meraikan warisan tanpa hilang sentuhan moden. Ramadan terasa lebih dekat, Raya pula makin bermakna.

KHATAMMarriott Bonvoy
https://lomp.at/femvg
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gambar: Image Fx
LifeXplore

Wow, Tak Perlu Ke Luar Negara! Rasa Salji Betul Di SnowWorld Genting Highlands

by Farah Fatihah
March 20, 2026

SnowWorld sebelum ini sudah lama dikenali sebagai antara tarikan popular di Genting Highlands, khususnya bagi keluarga yang bercuti bersama anak-anak....

Read moreDetails
LifeXplore

Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

by Phic ARMAN
February 12, 2026

Bahrain kini sedang bersiap untuk jadi hub pelancongan penting, bukan sahaja untuk Asia Tenggara tapi juga Eropah, dengan laluan baharu...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara