• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Bimbang Bilangan Harimau Menurun Secara Mendadak! Taman Tema Sunway Lancar “Global Tiger Day”

by Phic ARMAN
July 29, 2023
Share on Facebook

“Global Tiger Day”, satu inisiatif global tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan harimau dan meraikan keindahan alam, makhluk terancam ini. “Global Tiger Day” tahun ini amat penting, kerana Taman Tema Sunway bekerjasama dengan pihak Perhilitan Malaysia bagi melindungi dan memelihara populasi harimau yang masih berbaki di dunia dan di negara kita.

Kerjasama ini menggalakkan pembangunan mampan dengan menggalakkan dan mengiktiraf peranan terhadap alam sekitar dan menyediakan sumber pencarian yang mampan. Kerjasama ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, sumber dan kepakaran dalam memulihara harimau dan habitatnya.

Penurunan bilangan harimau yang mendadak

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Harimau yang dahulunya banyak terdapat diseluruh Asia, telah menghadapi penurunan bilangan yang mendadak disebabkan pelbagai ancaman, termasuklah kehilangan habitat, pemburuan haram, dan perdagangan hidupan liar secara haram.

Dianggarkan hanya kira-kira 3,900 ekor harimau yang masih kekal di alam liar hari ini, penurunan yang mengejutkan sebanyak 95% dari awal abad ke-20. Penurunan sedemikian menekankan akan keperluan mendesak bagi tindakan segera untuk melindungi masa depan spesies ikonik ini.

“Lindungi Harimau, Habitat mereka,”

Dengan tema “Lindungi Harimau, Habitat mereka,” Hari Harimau Antarabangsa 2023 memainkan peranan penting dalam memulihara habitat harimau untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kucing lliar yang hebat ini.

Usaha untuk melindungi dan memulihkan ekosistem kritikal, seperti hutan, padang rumput dan tanah lembap. Ia amat penting dalam mengekalkan populasi harimau yang berdaya maju dan memelihara biodiversiti.

Kempen pendidikan, di acara komuniti dan inisiatif digital akan dianjurkan bagi melibatkan orang ramai dalam memahami kepentingan pemuliharaan harimau dan kesan tindakan individu terhadap kelangsungan hidup habitat ini.

“Global Tiger Day” yang dijalankan di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun juga dimeriahkan
dengan aktiviti – aktiviti yang dapat memberi ilmu tambahan mengenai habitat tersebut. Antara aktiviti yang terdapat di Sunway Lagoon adalah seperti aktiviti melihat dan merasa , quiz, lukisan muka dan sebagainya.

Tidak terlepas juga pihak perhilitan akan mempamerkan infomasi mengenai konservasi berkaitan harimau. Tidak jauh berbeza di Sunway Lost World of Tambun, bagi Hari Harimau antarabangsa aktiviti yang terdapat adalah seperti “Tiger and friends show”, “thumbs up” dan juga pameran dari pihak perhilitan.

Explorer Rangers

Pada masa yang sama, pihak Sunway juga ingin memperkenalkan program “explore rangers” kepada orang awam.

Explorer Rangers’ ialah program keahlian pendidikan diluar kelas iaitu ‘Classes ALIVE!’ dan ‘Flexi Classes’ yang disusun oleh sekumpulan ahli zoologi dan pendidik dari Sunway Theme Parks untuk kanak-kanak belajar mengenai hidupan liar, sains dan juga kelestarian.“Explore Rangers” di taman tema Sunway Lagoon dan juga Sunway Lost World of Tambun diliputi dengan pelbagai silibusseperti “Aqua Explorer”, “National treasure”, “Fear Factor” dan sebagainya. Silibus yang diterapkan adalah berlainan bagisetiap bulan agar para kanak – kanak dapat menerapkan pelbagai ilmu.

Selain itu, terdapat juga ceramah perndidikan dari “ex- junior ranger” kepada kanak – kanak yang menyertai program “Explore Rangers”. Hari Harimau

Antarabangsa mewakili detik penting untuk merenung nasib salah satu spesies paling ikonik dan terancam di planet ini. Bersama-sama, kita boleh membuat perubahan dan memastikan generasi akan datang akan menyaksikan kehadiran harimau yang mengagumkan di alam liar.

https://lomp.at/z37th
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

  4. 4

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  5. 5

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore