Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Ada Yang Disebabkan Gay! 4 Bintang K-Pop & Pelatih Ini Pernah Diusir Keluar Dari JYP Entertainment

Selain Min, 3 artis pelatih dan bintang K-Pop ini pernah "ditendang keluar" dari syarikat tersebut.

by Naddy Joe
August 3, 2021
Share on Facebook

Baru-baru ini bekas kumpulan Miss A bercerita mengenai kisah likunya ketika memulakan debut di bawah JYP Entertainment. Selain Min, 3 artis pelatih dan bintang K-Pop ini pernah “ditendang keluar” dari syarikat tersebut.

Min (Miss A)

Ketika berbual dengan eSNA, bekas ahli kumpulan Miss A, Min mendedahkan bahawa dia telah diusir keluar dari JYP Entertainment sebanyak tiga kali dalam masa sepuluh tahun.

Pada usia 12 tahun, Min menyertai agensi itu setelah menduduki tempat pertama dalam ujibakat di Lotte World. Selama kira-kira lapan tahun, beliau berlatih sebelum memulakan debut sebagai ahli kumpulan Miss A. Min hampir kehilangan peluangnya untuk bersinar apabila dia diusir keluar dari JYP Entertainment kerana tidak berjaya menurunkan berat badan.

“Saya pernah diusir keluar dari JYP kerana saya tidak menurunkan berat badan. Ya mereka mempunyai masalah dengan berat badan saya, jadi mereka seperti, ‘kami akan menghantar anda kembali ke Korea untuk menurunkan berat badan itu.-Min

Untuk seketika Min melepaskan impiannya untuk menjadi bintang K-Pop. Walaubagaimanapun, selepas meninggalkan JYP Entertainment, beliau bertanya pada J.Y. Park untuk memberikannya peluang. J.Y. Park kemudian membenarkannya untuk kembali dan menyertai barisan kumpulan Miss A setelah dia menurunkan berat badan.

“Selepas itu, saya pergi ke JYP sekali lagi dan berkata, ‘beri saya satu lagi peluang’. Dia seperti.’ saya akan memberi anda satu peluang lagi’. Kemudian saya kehilangan berat badan saya seperti 45/6 kg.”-Min

Jay Park

Pada tahun 2009, bekas ketua kumpulan 2PM,  Jay Park menerima kecaman dari orang Korea disebabkan komen lama yang ditulisnya di MySpace mengenai negara itu pada tahun 2005. Beliau kemudian memberitahu bahawa komen tersebut tidak dapat diterjemahkan dengan baik dan berada di luar konteks.

Penunjuk perasaan ketika itu menuntut pemecatan Park . Mankala JYP Entertainment menyatakan bahawa Park akan terus bersama kumpulan tersebut. Tidak lama kemudian, Park mengumumkan pengundurannya di fancafe rasmi dan kembali ke Amerika Syarikat.

“Adakah (kontroversi MySpace) yang menyebabkan anda meninggalkan kumpulan?”- Hos wawancara

“Ya, maksud saya, ada rentetan peristiwa yang buat kami berpisah.”-Jay Park

KilliAN

KilliAN, bekas artis pelatih ini mendedahkan bahawa dia telah diusir keluar dari agensi itu setelah hubungan homoseksualnya diketahui. Selepas beliau pergi ke Korea untuk menyertai JYP Emtertainment pada usia 14 tahun, agensi itu memintanya untuk berundur.

“Saya gay. Tetapi orang Korea sangat konservatif mengenai homoseksual pada masa itu, jadi akhirnya mereka meminta saya pergi disebabkan hal itu.”-KilliAN

Pada masa itu, KilliAN sedang bercinta dengan seorang artis pelatih lelaki yang lain. Dia percaya seksualitinya dan kenyataan bahawa dia bukan orang Korea, menyumbang kepada keputusan JYP Entertainment untuk menyingkirkannya.

Yoon Seobin (Produce X 101)

JYP Entertainment telah menamatkan kontrak bekas pelatih dan peserta Produce X 101, Yoon Seobin disebabkan beberapa kontroversi. Seobin telah dituduh sebagai pembuli ketika di sekolah. Dia turut dikhabarkan telah merokok dan minum alkohol di bawah umur.

“Hello, ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin menyampaikan posisi mengenai pelatih Yoon Seobin.

JYP Entertainment telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pelatih Yoon Seobin, yang muncul di Mnet Produce X 101 kerana kami percaya dia bersikap yang tidak sesuai dengan polisi syarikat. Keputusannya, kami juga mengumumkan dia akan meninggalkan program ini.”-JYP Entertainment

Selain diusir keluar dari JYP Entertainment,  Seobin juga akan disunting keluar dari episod Produce X 101 yang akan datang oleh Mnet.

“Yoon Seobin akan keluar dari Produce X 101. Kami merancang untuk meminimumkan Yoon Seobin pada episod yang telah difilemkan supaya pelatih lain yang muncul bersamanya tidak akan berada dalam kerugian.”-Mnet

Source: Koreaboo
Jay ParkKilliANMin (Miss A)Yoon Seobin (Produce X 101)
https://lomp.at/d3ex7
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto - @norliaghaniofficial48 (IG)
Lokal

Rahsia Lama Terungkai, Norlia Ghani Dedah Dilamar P.Ramlee Ketika Usia 17 Tahun

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon veteran, Norlia Ghani menjadi perhatian selepas berkongsi satu rahsia lama yang disimpannya bertahun-tahun. Menerusi podcast 'Legasi: Sembang Sambung' yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara