Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Idea Genius Budak 9 Tahun! Ini 6 Fakta Tentang ‘Black Box’ Yang Ramai Tak Tahu

by Arsiqin Yusof
November 1, 2018
SONY DSC

SONY DSC

Share on Facebook

Black box atau kotak hitam merupakan alat yang akan dicari disaat terjadinya nahas pesawat seperti yang terbaru terjadi kepada Lion Air JT 610. Kenapa Black box ini penting? ini kerana alat inilah yang akan memuat data dan mampu memberi petunjuk sebab pesawat nahas.

Black box tidak berwarna hitam

Meski disebut sebagai kotak hitam, black box ternyata tidak berwarna hitam. Black box sebenar adalah berwarna oren cerah. Warna oren ini dipilih agar memudahkan pencarian black box disaat pesawat hancur dalam sesuatu kecelakaan.

Selain itu, warna oren yang dipilih untuk black box ini juga merupakan warna yang biasa digunakan dalam dunia aviasi. Warna cerah ini diyakini akan mempermudahkan team evakuasi untuk menemukan kotak penting itu didalam pesawat.

Black box terdiri daripada dua bahagian

Seperti yang sudah disebutkan di atas, black box memiliki dua bahagian alat yang terpisah. Alat tersebut ialah Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR).

Kedua alat ini dapat memuatkan data-data penerbangan. FDR akan merakam kelajuan pesawat, ketinggian, tekanan dan sebagainya. CVR pula akan merakam seluruh percakapan pilot dan co-pilot di kokpit. Oleh kerana itu, black box ini wajib ada didalam sesebuah pesawat, baik pesawat komersial mahupun tidak.

Black box dicipta oleh Australia

Black box merupakan sebuah alat canggih yang dicipta oleh orang Australia iaitu David Warren. Idea penciptaan ini wujud setelah ayahnya terbabit di dalam nahas pesawat pada tahun 1934.

Saat itu, David baru berusia 9 tahun. Pada tahun 1950-an, David telah bercita-cita untuk membuat sebuah alat yang dapat memuatkan data penerbangan untuk memudahkan analisis terhadap penyebab kecelakaan pesawat.

David menulis nota untuk Pusat Penelitian Aeronautika di Melbourne yang bertajuk ‘Alat untuk Mengetahui Investigasi Nahas Pesawat’, kemudian mengeluarkan prototype rakaman penerbangan yang disebut ARL Flight Memori Unit.

Awalnya, idea ini tidak mendapat banyak perhatian. Sehingga lima tahun kemudian, black box pertama dikeluarkan di Amerika Syarikat. Sejak saat itu, black box telah menjadi alat wajib ada didalam setiap pesawat penerbangan

Black box mampu merakam 2 jam percakapan di kokpit

CVR dalam black box rupanya hanya mampu merakam 2 jam percakapan pilot dan co-pilot di kokpit serta percakapan dengan Air Traffic Control (ATC). Kapasitinya lebih bagus dari black box yang terdahulu dicipta. Pada saat itu, perakam hanya mampu menyimpan 30 minit percakapan. Selain itu, FDR mampu merakam sehingga 25 jam data penerbangan.

Daya tahan black box

Teknologi dalam black box dilengkapi dengan ping locator yang mampu memancarkan signal untuk memudahkan pencarian black box di bawah air. Signal ini dipancarkan setiap saat selama 30 hari sebelum bateri habis. Jika bateri black box habis, maka signal berhenti terpancar. Hal ini akan menyukarkan team pencari untuk menemukannya.

Black box tidak boleh dihancurkan

FDR dalam black box telah direka dengan dua lapisan titanium tahan karat. Hal ini membuatkan black box tidak mudah hancur meskipun berhadapan dengan keadaan yang ekstrem

Para ahli aviasi telah membuktikan ketahanan black box dengan mencuba untuk menghancurkannya di suhu 1.100 darjah celcius, menenggelamkannya ke dalam air dengan kadar garam tinggi, dan  mencelupkannya ke dalam bahan bakar pesawat.

https://lomp.at/xhcqu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
LifeXplore

HUAWEI Mate X7 Rasmi di Malaysia, Telefon Lipat Premium Yang Lebih Praktikal

by Naja Nix
January 21, 2026

Semalam HUAWEI secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Mate X7 di Malaysia, sekaligus menetapkan penanda aras baharu dalam kategori telefon pintar boleh...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
LifeXplore

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Lima tahun lalu, ramai ingat era kegemilangan HUAWEI sudah berakhir. Sekatan, kekangan, dan persaingan sengit menyebabkan gergasi teknologi dari China...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara