Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Bobby Deol Kompelin Tentang Nafas Busuk Heroin ‘Gupt’ Kepada Pengarah- “Mulut Dia Busuk!”

by Nurul A.
November 10, 2025
Foto - @iambobbydeol (IG)

Foto - @iambobbydeol (IG)

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Insiden ngeri ini berlaku kepada aktor Bollywood, Bobby Deol semasa penggambaran filem kedua dalam kerjayanya, yang tidak dapat dia lupakan walaupun sudah berlaku bertahun-tahun lamanya.

Pada tahun 1997, hero filem ‘Gupt’ iaitu Bobby Deol telah mengadu kepada pengarah filem tentang aktres yang bergandingan dengannya. Sebelum penggambaran adegan romantik filem itu, sebaik sahaja Bobby mendekatinya, bau mulut aktres itu telah menganggunya.

View this post on Instagram

Semasa salah satu temu bual lamanya, Bobby berjenaka ketika menceritakan tentang penggambaran filem tersebut. Ketika menjalani penggambaran lagu ‘Bechaniyaan’ bagi filem itu, aktres Manisha Koirala terpaksa menggigit dagunya untuk adegan romantik.

Bobby memberitahu bahawa dia tercium bau bawang yang kuat daripada nafas Manisha. Untuk pengetahuan semua, sebelum merakam adegan tersebut, Manisha telah makan chana chat dengan bawang mentah.

View this post on Instagram

Penggambaran ini secara tidak langsung telah mencabar Bobby untuk bersikap profesional ketika merakam adegan romantik tersebut.

“Saya agak rapat dengannya, walaupun kami tidak menjadi kawan. Semasa penggambaran lagu ‘Bechaniyaan’ dalam ‘Gupt’, dia terpaksa mendekatkan mukanya ke muka saya dan kemudian menggigit dagu saya untuk syot. Semasa dia mendekatkan mukanya ke muka saya, saya tercungap-cungap. Dia telah makan chana chaat penuh dengan bawang mentah sebelum kejadian. Sungguh hairan bagaimana saya berjaya melakukan adegan itu. Kerana romantik adalah perkara terakhir dalam fikiran saya ketika itu.”

View this post on Instagram

Selepas itu, Bobby merangka rancangan untuk mengenakan Manisha. Dia mengaku telah memujuk pelakon baru yang memegang watak sebagai abang Manisah dalam filem itu, untuk makan bawang sebelum merakam adegan bersama aktres itu.

Bobby mengarahkan pelakon itu untuk bernafas berat semasa menjalani penggambaran. Walau bagaimanapun, untuk kekecewaan mereka, Manisha tidak bertindak balas sama sekali terhadap trik mereka.

bobby deolmanisha koirala
https://lomp.at/mmsyr
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan. Berdasarkan perkongsian...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara