Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bodyguard Dedah Sikap Sebenar Fazura?-“Ada Yang Tanya Macam Mana Boleh Lama Kerja…”

by Naddy Joe
June 24, 2025
148
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian pengawal peribadi kepada pelakon dan penyanyi, Nur Fazura iaitu Shahaszrin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sikap sebenar majikannya itu setelah hampir 10 tahun bekerja menjaga keselamatan Fazura sebagai pengawal peribadi.

Kongsi Shahaszrin menerusi hantaran di Thread, ramai yang mempersoalkan bagaimana dirinya boleh bertahan untuk satu tempoh jangka masa yang lama bekerja di bawah Nur Fazura.

Dedahnya, dia mengamalkan sikap ikhlas dalam bekerja dan tahu untuk membezakan antara majikan dan juga rakan, selain mendedahkan sikap Fazura yang sangat baik hati.

“Alhamdulillah tahun depan ngam 10 tahun aku bekerja menjaga keselamatan Fazura. Ada yang tanga macam mana boleh lama kerja dengan Faz.

Jawapan aku simple je, aku ikhlas bekerja, Fazura sangat baik, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang.

Jujur dan amanah. Tahu membezakan antara bos dan kawan.”-kongsi Shahaszrin di Thread

“Jagakan Dia Faz Buat Kami..”

Perkongsian Shahaszrin mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah turut mendapat respon Fazura yang menitipkan ucapan terima kasih buat pengawal peribadinya sekeluarga.

“Maka minggu ni kita celebrate. Faz dan kami semua sayang Shah, Mimi dan Dhia sekeluarga. Susah senang sama-sama. itu Luar biasa! Terima kasih Shah 🙏🏻❤️.”-Nur Fazura

“Bila bos jadi kawan, bahaya. Memang setuju sangat, biar bos tetap bos. Walaupun bos tu baik macam ajak berkawan, kadang-kadang lebih sudu dari kuah.”

“Oh no wonder no i remember you are the one yang escort/ bodyguard Ahmad Dhani & family sewaktu concert itu hari.”

“Jagakan dia Faz buat kami..Tq.”

“Nak keje dengan Faz juga laa hahaha.”

“Terima kasih jagakan seorang Fazura dengan baik dan ikhlas. Bila ikhlas bekerja, insyaAllah rezeki yang baik akan mengiringi Shah sekeluarga.”

“Wahh 10 tahun bertahan. Pekerja yang bagus, bos yang baik.”

Apa komen anda?

[VIDEO] Gelagat Fazura Tegur Anaknya Kerana Makan Berbunyi, Curi Perhatian Netizen!
bodyguard fazurafazura
Share59Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem