• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Boleh Cedera Jika Salah Langkah! Ini 7 Gerakan Tarian K-Pop Yang Merbahaya

by Naddy Joe
October 27, 2020
Share on Facebook

Apabila menonton muzik video k-pop, anda tentu ternanti-nantikan tarian mereka yang lain dari yang lain bukan? Artis K-pop akan cuba melakukan persembahan yang terbaik demi peminat mereka. Tetapi tahukah anda terdapat beberapa gerakan tarian K-Pop yang berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan jika tersilap langkah. Ini Murai My shortlist beberapa gerakan tarian K-Pop yang merbahaya. Stay tune guys!

NCT 127 – Cherry Bomb

Semasa bahagian akhir dari Cherry Bomb, ahli-ahli kumpulan tersebut akan menjatuhkan bahagian belakang mereka tanpa sebarang sokongan dari tangan mereka. Jika mereka menjatuhkan badan dengan salah atau hilang keseimbangan, mereka berpotensi untuk menghentak kepala mereka di lantai, dan boleh mengakibatkan kecederaan atau gegaran pada otak.

NCT Dream – Chewing Gum

Gerakan tarian ini adalah yang berbeza dan tidak pernah dilakukan oleh kumpulan k-pop yang lain. Tarian untuk Chewing Gum ini menggunakan hoverboards, yang mana memerlukan banyak keseimbangan badan. Sekiranya mereka terjatuh dari hoverboards tersebut, akan mendatangkan kecederaan pada lengan atau kaki mereka lebih-lebih semasa di atas pentas.

After School – First Love

Gerakan Tarian bagi First Love menampilkan tarian tiang, dan para ahli kumpulan sendiri menyatakan bahawa mereka mengalami kecederaan dan lebam semasa mempelajari gerakan tarian tiang itu. Salah seorang ahli kumpulan After School iaitu Lizzy tidak dapat menjadi sebahagian daripada live stages dan persembahan dalam muzik video kerana mencederakan dirinya sendiri semasa raptai, manakala Nana mengalami kemalangan terjatuh dari platform setinggi 1.2 meter  ketika merakam “Show Champion” MBC Music.

SHINee – Everbody

Sebagai penonton dan peminat kumpulan SHINee, anda sudah tentu teruja untuk melihat persembahan mereka seperti “Everbody”. Namun, terdapat pergerakan tertentu di mana ahli yang lain akan mencampakkan Taemin ke udara yang mana ianya sangat berbahaya jika tersalah langkah hanya dengan satu gerakan sahaja.

Brave Girls – Rollin

Rollin dinggap berbahaya oleh peminat kerana kerusi yang mereka gunakan. Dalam gerakan tarian ini, gadis-gadis itu akan bangun dari kerusi dan melakukan koreografi sambil mengimbangkan diri mereka di atas kerusi. Mereka kebiasaannya akan melakukan persembahan dengan memakai heels, bererti jika mereka tergelincir atau hilang keseimbangan badan sewaktu menari akan mengakibatkan jatuh dari kerusi dan kecederaan pada diri sendiri. Salah seorang ahlinya, Yuna telah jatuh semasa melakukan persembahan, namun beliau tetap meneruskan persembahannya seperti biasa.

BLACKPINK – BOOMBAYAH

Dalam salah satu lagu terkenal BLACKPINK iaitu BOOMBAYAH, Jennie akan melompat ke atas lengan ahli-ahlinya pada verse kedua. Sekiranya salah seorang ahli menjatuhkannya secara tidak sengaja, sudah tentu beliau akan jatuh ke lantai dan mengakibatkan kecederaan pada lengan dan kakinya. Hanya satu kesilapan sahaja sudah boleh menyebabkannya berada di hospital.

BTS – Dionysus

Kumpulan BTS juga antara yang terkenal dengan koreografinya yang sentiasa dipuji peminat. Namun, bagi lagu Dionysus ini membuatkan netizen mula bercakap mengenai gerakan tarian mereka yang dilihat berbahaya. Semasa persembahan mereka untuk lagu ini, mereka akan menjatuhkan badan mereka terus ke atas lantai hanya menahan dengan telapak tangan. Bagaimana jika mereka tersilap langkah?

https://lomp.at/fs0hh
Share4Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Luahan Dr Fie Buat Ramai Tersentuh! – “Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Ibu Sorang Ni Pun Cukup Dah”

by Aphit J.
October 18, 2025

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai perkahwinan penyanyi Nubhan dan Dr Afifah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie,...

Read more
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

Hampir Dibunuh, Kim Kardashian Dedah Orang Terdekatnya Upah Pembunuh Upahan- “Saya Takut…”

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read more
by Nurul A.
October 6, 2025
Konsert

Konsert Exists Ditunda, Janji Persembahan Lebih Premium Disember Ini

Exists kembali dengan sesuatu yang lebih istimewa selepas rangkaian konsert tanpa henti sejak 2019. Bersama JioBuddy, kumpulan lagenda ini mempersembahkan...

Read more
by Aphit J.
November 22, 2025
Lokal

[VIDEO] Watie Hanifiah Dandan Rambut Dekta, Lain Pula Netizen Perasan?-“Comelnya Baby Bump..”

Perkongsian isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di laman media sosial miliknya,...

Read more
by Naddy Joe
October 31, 2025
Lokal

[VIDEO] Anzalna Nasir ‘Usik’ Suami Tak Pandang Model Wanita, Curi Perhatian Netizen!

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir mencuri perhatian selepas berkongsi gelagat suaminya, Hanif Zaki  yang sangat menjaga pandangan ketika menghadiri sebuah majlis...

Read more
by Naddy Joe
November 26, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  5. 5

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore