Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Borneo Fashion Week 2025 Labuh Tirai Dengan Penuh Meriah

by Naddy Joe
October 15, 2025
Share on Facebook

 Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dan bergaya selepas dua hari diraikan pada 10 dan 11 Oktober lalu. Bertemakan “Fashion With Purpose”, acara berprestij ini bukan sahaja menghidupkan aura glamor fesyen moden, tetapi turut meraikan semangat kelestarian, warisan dan komuniti kreatif yang menjadi nadi kepada Borneo.

Diasaskan oleh Stephanie Alcantara, bekas ratu cantik dan personaliti fesyen berpengaruh yang juga penggerak utama platform ini, BFW sekali lagi membuktikan keupayaannya menyatukan pereka, model, artis dan pencinta fesyen di bawah satu visi iaitu memperjuangkan keindahan yang beretika dan beridentiti.

Tradisi Bertemu Moden, Gaya Bertemu Jiwa

Acara dimulakan dengan penuh meriah menerusi sesi pemotongan reben, ucapan pembukaan dan persembahan tarian tradisional, sebelum pentas diserahkan kepada barisan pereka yang memukau dalam pertunjukkan fesyeen pembukaan oleh GC Jade, Bilang, Clarissima, Even Ong, Aldrin Artistry dan Hayden Ng.

Setiap rekaan membawa naratif unik, menggabungkan elemen tradisi dan inovasi moden dalam palet warna, tekstur dan struktur yang mencerminkan kepelbagaian Borneo.

‘Fashion With Purpose’ Mencipta Naratif Baharu Fesyen Asia

Menurut Stephanie Alcantara, kejayaan edisi 2025 ini membuktikan bahawa Borneo kini bukan sekadar pemerhati dalam dunia fesyen tetapi pemain penting yang membawa nilai, jiwa dan keaslian.

“Tahun ini adalah refleksi kepada impian kami untuk melihat fesyen bukan sekadar cantik, tetapi bermakna. Setiap helaian yang diperagakan di BFW 2025 membawa mesej tentang kelestarian, warisan dan kasih kepada bumi serta budaya kita.”-Ujar Stephanie

Melabuh Tirai Dengan Harapan Baharu

Kemeriahan BFW 2025 menjadi saksi bagaimana industri fesyen Malaysia, khususnya dari Borneo, semakin bersedia untuk menakluk pasaran global. Gabungan profesionalisme, kreativiti dan semangat komuniti menjadikan edisi kali ini antara yang paling berimpak sejak penubuhannya.

“Kami akan terus bergerak ke hadapan. Borneo Fashion Week bukan lagi sekadar acara tahunan, ia adalah suara, jiwa dan identiti yang akan terus hidup,” kata Stephanie 

Dengan kehadiran penggiat industri antarabangsa, pempengaruh fesyen dan rakan media dari pelbagai negara, BFW 2025 berjaya mengangkat jenama tempatan ke pentas dunia, sekaligus meletakkan Borneo sebagai pusat fesyen baharu Asia.

Borneo Fashion Week 2025 Bakal Gegar KL – Warisan, Fesyen & Kejutan Dunia!
Borneo Fashion Week 2025
https://lomp.at/0cd34
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Foto - @adamcorrielee (IG)
Lokal

Adam Corrie Pesan, -“Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai”

by Nurul A.
January 26, 2026

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu nasihat di platform Threads untuk pengikutnya, khususnya golongan wanita....

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara