Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Bruno Mars Mengamuk Atas Pentas Lalu Baling Tuala Kepada Seorang Pelakon

by Ayden Mikhael
April 28, 2018
Share on Facebook

Bengang dengan tindakan peminat dari Jepun yang tidak berhenti-henti selfie di hadapan pentas, penyanyi terkenal Bruno Mars membaling sehelai tuala kepada peminat tersebut sebagai tanda amaran.

Peminat yang dimaksudkan adalah seorang pelakon dan model dari Jepun, Moeka Nozaki yang leka merakamkan selfie walaupun Bruno telah memberikan isyarat berulang kali.

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/04/unnamed.mp4

Namun amaran Bruno tidak diendahkan hingga Bruno rasa terganggu dan menganggap Nozaki tidak menghormatinya serta penonton-penonton lain. Bruno juga memberikan isyarat tangan agar berhenti melakukan perbuatan itu namun gagal selepas beberapa kali memberi amaran. Akhirnya, Bruno membaling sehelai tuala kepada pelakon itu dalam keadaan marah.

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/04/Bruno.mp4

Tindakan Bruno itu dianggap Nozaki sebagai tanda hadiah penyanyi yang popular dengan lagu 24K Magic itu dan berkongsi kegembiraannya di Instagram. Ada peminat-peminat Bruno berasa mengjengkalkan dan memohon Nozaki membuat permohonan maaf atas kelakuannya itu.

Bruno akan mengadakan siri jelajah di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 9 Mei ini sempena Konsert 24K Magic World Tour. murai.my berharap agar peminat-peminat Bruno di Malaysia menjaga perlakuan masing-masing ketika konsert dijalankan. PEACE!

Sumber : Koreaboo

bruno marsMoeka Nozaki
https://lomp.at/mo1a5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Lokal

Intan Najuwa Diganggu Selama Berbulan-Bulan Oleh Seorang Lelaki, Tampil Buat Laporan Polis!

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sering diganggu sehingga pernah membuat panggilan di pejabat Polo Club, pelakon Datin Intan Najuwa memaklumkan bahawa dia telah membuat laporan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara